Header Ads

ads header

Flash News

Khazanah Lubuk Kartel PH Jual Aset Negara


Laporan terkini yang terpampang di dada-dada akhbar memaparkan berita sedih tentang KHAZANAH yang mengalami kerugian sebanyak RM6 bilion pada tahun 2018 di bawah kartel Pakatan Harapan (PH).

Tidak berapa lama selepas mengambil alih Putrajaya, kesemua Ahli Lembaga Pengarah KHAZANAH dihalau keluar seorang demi seorang dan tempat mereka digantikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri bersama Tun Daim Zainudin, Azmin Ali, wakil Robert Kuok dan beberapa orang lagi yang menjadi kroni.

Ini fakta! Beritanya tersebar di dada-dada akhbar malah saya turut membuat beberapa postings berkaitan perkara ini. Namun rakyat hanya berdiam diri. Apalah yang mampu dilakukan apabila kuasa sudah diserahkan kepada kartel pencuri di bawah PH.

Jika dahulu Tun Mahathir menggelar Dato Seri Najib Razak sebagai pencuri, perompak, penyamun, beritahu saya kenapa hari ini saya tidak boleh menggelar Tun Mahathir dengan gelaran yang sama, pencuri dengan segala bukti yang terpampang di depan mata rakyat?

Lihat apa yang terjadi.

Saya tahu dari awal lagi bahawa tujuan sebenar Tun Mahathir dan kroni-kroninya masuk ke KHAZANAH adalah tidak lain dan tidak bukan, tujuannya adalah untuk mencuri dan penyamun.

Ini faktanya!

Prestasi Khazanah Nasional
(Selepas cukai)

2013 – UNTUNG RM 3.1 billion
2014 – UNTUNG RM 3 b
2015 – UNTUNG RM 1.0 b
2016 – UNTUNG RM 1.4 b
2017 – UNTUNG RM 2.9 b
TERKINI – 2018 – RUGI RM 6 billion (sebelum cukai)

Kenapa KHAZANAH rugi RM6 bilion dalam sekelip mata di bawah kartel pencuri ini?

Bagaimana rakyat mahu harungi sepenggal bersama PH sedangkan belum sampai setahun pun, begini akibat yang terhasil dari undi rakyat pada PRU-14 yang lalu?

Rindukan Tun Mahathir?

Maaf saya perlu ulang sebut perkara ini supaya anda tidak mudah lupa bagaimana anda ditipu dengan seraut wajah yang kononnya akan menyelamatkan Malaysia dari pencuri.

Siapa pencuri sebenarnya?

Kenapa rakyat beri undi kepada Tun Mahathir?

Kenapa rakyat mudah termakan fitnah oleh seorang bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun?

Adakah wajar rakyat mempercayainya atau merinduinya hanya semata-mata kerana dia yang membina KLCC?

Ya terima kasih kerana Tun Mahathir kumpul kekayaan keluarga dan kroni dari projek pembinaan KLCC untuk kita semua berbangga setiap kali melihat bangunan tinggi mencakar langit itu.

Tetapi apakah perlu rakyat menyerahkan negara ini kepada Tun Mahathir semata-mata kerana halwa mata mampu melihat KLCC setiap hari?

Kini tersebar maklumat terbaharu. Ada lagi aset KHAZANAH milik negara yang akan dijual.

Legoland Malaysia yang terletak di Johor, milik KHAZANAH dan diuruskan oleh Merlin Entertainments Plc. bakal dijarah dengan lahapnya oleh kartel di dalam KHAZANAH ini.

Legoland Malaysia adalah Lego-theme park pertama di Asia, meliputi kawasan melebihi keluasan 50 padang bola yang memuatkan lebih 15,000 model Lego yang dihasilkan dari lebih model yang dibina daripada 60 juta bata Lego.

Nilai taman tema ini dianggarkan mencecah RM1 bilion (US$245 juta) dan akan dijual dengan justifikasi ianya bukan aset utama KHAZANAH. Penjualan ini bakal dihalalkan dengan fitnah kononnya kerana Najib Razak mencuri lagi!

Kenapa kerajaan PH di bawah Tun Mahathir yang diuar-uarkan gah seantero alam sebagai manusia yang kononnya bijak laksana HANYA mampu menjual segala aset negara untuk mempertahankan pemerintahannya?

Dahulu ketika menjadi Perdana Menteri ke -4, Tun Mahathir jual semua agensi kerajaan termasuk LLN, Telekom, Pejabat Pos, Lapangan Terbang dan Padi Beras Negara atas dasar penswastaan.

Sebut apa sahaja syarikat milik negara ketika itu, semuanya habis dijual! Nasibnya agak baik kerana ketika itu tiada media sosial dan rakyat tidak mendapat maklumat tepat dan terperinci kerana semua media arus perdana dikawal oleh kerajaan.

Kini apabila menjadi Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir buat cara lamanya lagi (“Do it my way”) dengan menjual satu persatu aset negara.

Mungkin Allah mengangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekali lagi dengan mengalahkan Perdana Menteri ke-6 yang hakikatnya

AININA SAADUDIN


MR :  Pimpinan PH pandai bermuka... kesalahan disorok dlm muka manis


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Awas tentera kacang merah @ RBA ternakan parti kafir harbi roket sedang menyamar sebagai orang Melayu untuk menyebarkan fitnah untuk memecah-belahkan umat Islam untuk melemahkan umat Islam supaya puak penyamun kafir harbi boleh berkuasa dan menindas umat Islam dan melingkupkan ekonomi umat Islam.

    BalasPadam