Konflik India-Pakistan: 44 rakyat Malaysia masih terkandas
Empat puluh empat rakyat Malaysia yang masih terkandas di Pakistan sejak 27 Februari lalu susulan penutupan ruang udara negara itu, dijangka meninggalkan Pakistan menjelang hujung minggu ini.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad (STMI) dalam perkongsiannya di laman sosial Facebook berkata, daripada 85 yang terkandas, 41 telah kembali ke tanah air secara berperingkat mulai Sabtu lepas, melalui Islamabad dan Karachi dengan transit di Abu Dhabi, Doha, Dubai serta Jeddah.
Pakistan menutup ruang udaranya berikutan ketegangan dengan India ekoran insiden ketenteraan di sempadan kedua-dua negara itu. Ruang udara Pakistan dibuka sepenuhnya pada Isnin (4 Mac).
Bagaimanapun penerbangan harian Malindo Air (Kuala Lumpur – Lahore – Kuala Lumpur) masih belum beroperasi, jelas STMI.
“Ia berikutan larangan pihak berkuasa sebuah negara jiran Pakistan ke atas mana-mana syarikat penerbangan menggunakan ruang udaranya menuju ke Pakistan dan sebaliknya untuk satu tempoh tidak ditetapkan.
“Larangan ini turut menjejaskan penerbangan Thai Airways dari Kuala Lumpur (menerusi Bangkok) ke Lahore, Islamabad dan Karachi,” menurut perkongsian itu.
STMI juga mengingatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan yang “non-essential” ke Pakistan sehingga keadaan kembali pulih, selain mengambil kira kemungkinan ruang udara negara terbabit ditutup semula sekiranya ketegangan kembali memuncak.
Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan pejabat STMI diminta segera berbuat demikian bagi memudahkan bantuan dan khidmat konsular disalurkan dengan lebih berkesan.
Mereka yang berada di Islamabad, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Punjab, Azad Jammu dan Kashmir, dan Gilgit Baltistan boleh berhubung dengan Pegawai Bertugas STMI menerusi talian +923028443021 atau emel mwislamabad@kln.gov.my.
Sementara itu, bagi wilayah Balochistan dan Sindh boleh menghubungi Pegawai Bertugas Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi menerusi talian +923000702823 atau emel mwkarachi@kln.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau bantuan.
Ketegangan di antara New Delhi dan Islamabad, kedua-duanya negara kuasa nuklear, kian meruncing sejak serangan pengganas Jaish-e-Mohammed (JeM) di Pulwana, India pada 14 Februari lalu, mengorbankan lebih 40 orang serta mencederakan puluhan lagi. – Bernama
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
❐ Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan