Header Ads

ads header

Flash News

Lombok: Gempa bumi korban 2 nyawa, musnah hampir 500 rumah


JAKARTA: Dua terkorban, termasuk seorang rakyat Malaysia dalam kejadian gempa yang berlaku di Lombok hari ini.

Berdasarkan pendataan pukul 8 malam ini oleh Badan Nasional Pengurusan Bencana ( BNPB), 2 terkorban, 44 cedera dan hampir 500 rumah musnah dalam kejadian gempa bumi bermagnitud melebihi 5 Skala Richter petang tadi.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan berkata, antara yang terbunuh ialah seorang rakyat Malaysia iaitu Tai Siew Kim, 56 tahun.

“Dua yang terkorban dalam kejadian gempa itu berlaku di kawasan air terjun Tiu Kelep, Kabupaten Lombok Utara yang berada di bawah kaki Gunung Rinjani.
Seorang yang terkorban itu warga Malaysia dan seorang lagi warga Indonesia akibat ditimpa material tanah runtuh,” katanya.

Gempa pertama bermagnitud 5.8 Skala Richter berlaku jam 2.07 ptg waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok -Nusa Tenggara Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, ia disusuli dengan satu lagi gempa bermagnitud 5.2 Skala Richter, berpusat di 7km barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat, jam 2.09 ptg.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan