Header Ads

ads header

Flash News

Catatan Meraikan Anak Muda Antara Pas Vs Amanah


1) Saya teringat cherita tentang budak-budak PAS semasa PRU14 dulu dalam satu kawasan. Ada pertandingan 3 penjuru antara BN, PAS dan PKR (Amanah). Walaupun 3 penjuru, di kawasan itu lebih kepada stress BN vs PAS. Calon PKR (Amanah) dalam kawasan itu sangat underdog.

2) Dalam PAS kawasan itu ada sedikit masalah pengurusan kerana ramai anak muda tidak suka sangat dengan pemimpin PAS kawasan yang agak ekslusif. Mereka bagai tidak berapa nak sangat berkempen untuk PAS. Yang tak puas hati dengan pemimpin PAS kawasan tu, terus join Amanah.

3) Pada masa yang sama jentera BN keluar masuk kampung membawa laba-laba kepada penduduk. BN mahu mengekalkan kerusi mereka di parlimen tersebut. Apatah lagi calon BN itu pernah jadi menteri pula. Moral budak-budak PAS agak down.

4) Melihat kepada kemandoman gerak-kerja PAS menghadapi pilihanraya, seorang ahli PAS menawarkan diri untuk take over menggerakkan kerja piihanraya PAS cawangan, supaya menjadi contoh kepada cawangan-cawangan lain dalam kawasan tersebut.

5) Anak-anak muda PAS mula dikumpul dan diberi motivasi secara santai. Kemudian mereka diberi peluang mencurahkan idea bagaimana macamana nak pasang bendera, nak pasang banner, dan macam-macam kerja. Budak-budak kampung sangat teruja apabila idea mereka dihighlight dan diterima dengan penambah-baikan.

6) "Kita pacak bendera paling besar paling tinggi ustaz! Pak Ngah saya ada kren nak tulong buat. Kita boh batang pinang buat tiang!" Salah satu cadangan yang diraikan. Tiga hari sahaja selepas cadangan itu diutarakan, tiga batang pinang dan tiga bendera besar berjaya dipasang.

7) Berkibar megah bendera PAS yang besar dan tinggi sekali di kawasan itu. Yang memacak batang pinang dan bendera itu semuanya budak-budak muda yang awalnya sudah mandom mahu-tak-mahu saja buat kerja.

8 ) "Ustaz, kalau kita ada walkie-talkie ni, lagi kelia. Mudah kita nak buat kheja."

"Walkie-talkie tu macamana?" Ustaz itu saja buat-buat tak berapa tahu. Dia mahu anak muda itu beri idea.

"Dia ni macam talipon la ustaz, tapi tak kena duit kalau kita cakap. Sorang cakap semua dengaq ustaz dok jauh mana pun. Bajet yang murah-murah dah la Ustaz,"

"Kalau macam tu saya pun nak satu. Hangpa nak berapa?"

"Ada 12 orang ustaz,"

"Ok, beli 13, saya amanahkan kamu jaga semua walkie-talkie tu. Guna untuk mengundi ni saja."

9) Selepas dapat saja walkie-talkie, budak-budak PAS jadi lebih meriah berkempen. Merata-rata kampung mereka masuk. Bawa walkie-talkie. Seronoknya bawak walkie-talkie. Suruh buat kerja apa pun, setel. Pasang bendera, pasang banner, konvoi motor, dan macam-macam lagi.

10) Paling power, mereka boleh tarik balik kawan-kawan mereka yang join Amanah. Budak-budak kampung, mana reti bergaduh bab prinsip PAS vs Amanah. Yang mana boleh rai mereka lebih, mereka akan cenderung.

11) Jadi, nak heran apa anggota Jabatan Amal sanggup turun jadi sukarelawan - tanpa dibayar gaji atau elaun. Dapat baju, dapat topi, dapat nasik bungkus, dirai dengan baik, mereka akan sukarela buat kerja membantu.

12) Kesilapan Amanah kawasan tersebut adalah mereka cuba berlagak professional konon nak menunjukkan imej mereka lebih baik daripada imej kekampungan PAS. Secara tidak langsung menjadikan mereka ekskusif. Cara mereka rai anak muda adalah untuk meraih undi. Sedangkan PAS di situ meraikan anak muda serta idea-idea mereka diangkat.

13) Ia adalah cabaran buat Amanah untuk PRU akan datang bagi berdepan kawasan majoriti orang Melayu. Semasa belum jadi kerajaan sudah tunjuk sikap ekslusif, PRU15 nanti Amanah akan bertanding atas nama PH dengan kapasiti sebagai 'pemerintah' - takut-takut lebih berlagak dan lebih ekslusif. Semoga berubah.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan