Header Ads

ads header

Flash News

‘Eggboy’ ditawar Ferrari di Dubai, percutian mewah 10 hari di Turki


Keberanian remaja Australia mengetuk telur di kepala Senator Fraser Anning kerana membantah umat Islam dipersalahkan susulan serangan di masjid Christchurch jadi bualan seluruh dunia

Keberanian seorang remaja dari Australia, Will Connolly, yang mengetuk telur ke kepala Senator Queensland, Fraser Anning, mendapat perhatian dan bualan di seluruh dunia.

Kenyataannya selepas dibebaskan daripada tahanan polis juga dipuji, malah ada juga pengguna laman sosial yang menawarkan percutian dan kereta mewah kepadanya.

Dalam laman Twitter selepas dibebaskan, Connolly berkata:

“Inilah ketikanya saya berasa sangat bangga sebagai manusia. Izinkan saya memberitahu anda semua, muslim bukan pengganas dan terorisme tidak ada agama. Semua orang yang menganggap muslim sebagai komuniti pengganas memiliki otak yang kosong seperti Anning.”

 
Dijuluki sebagai ‘eggboy’ selepas bertindak demikian, Connolly berkata, tindakannya mengetuk kepala Anning dengan telur itu sebagai membantah sikap senator berkenaan yang menyalahkan umat Islam dalam tragedi di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.



Anning sebelum ini menyalahkan masyarakat muslim yang didakwa menjadi punca kepada serangan seorang pengganas kelahiran Australia yang menyebabkan 50 jemaah masjid terbunuh Jumaat lalu.

Dalam video yang tular di media massa, remaja lelaki itu berjalan dari arah belakang ketika Anning bercakap kepada pemberita, sebelum mengetuk kepala senator itu dengan sebiji telur.

Susulan itu, Connolly mendapat pujian kerana keberanian dan komen yang diberikan, sehingga seorang profesor dari Turki menjemputnya melawat negara itu.

“Kepada eggboy. Saya adalah seorang profesor di Turki. Kami sangat menghargai apa yang anda lakukan. Saya akan membayar tiket (penerbangan), dan 10 hari tinggal di hotel lima bintang (di mana sahaja yang anda mahu). Jadilah tetamu kami di Turki,” tulis Profesor Caner Taslaman di akaun Twitternya.

Seorang pengguna lain, Dean Omeara pula menawarkan sebuah Ferrari jika dia datang ke Dubai.


MR :  Di Malaysia, pemuda AMANAH tak ada telur semuanya dah jual kepada D4P


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan