Header Ads

ads header

Flash News

Mahkamah tiada kuasa dengar semakan kehakiman bekas pengarah AIAC


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan penangguhan untuk semakan kehakiman oleh bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), N Sundra Rajoo yang mendakwa mendapat imuniti daripada pendakwaan.

Hakim, Nordin Hassan berkata, permohonan Sundra tidak boleh dipertimbangkan untuk semakan kehakiman dan peguam negara mempunyai budi bicara tidak terhad di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan berhubung hal pendakwaan.

Katanya, Sundra sebenarnya meminta mahkamah menyemak semula keputusan peguam negara yang juga pendakwa raya.

“Selepas mempertimbangkan hujah dan dokumen kes, mahkamah ini tiada kuasa untuk mendengar perkara itu dan tidak boleh menghalang peguam negara daripada melakukan pendakwaan.”

Beliau turut menolak permohonan peguam Sundra, K Shanmuga, untuk menghentikan sebarang pendakwaan ke atas anak guamnya sementara menunggu rayuan kepada Mahkamah Rayuan.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan