Header Ads

ads header

Flash News

Teresa Dibidas Tidak Ada Standard Menteri


Sesi pagi Dewan Rakyat hari ini sekali lagi menunjukkan sikap tidak bijak menteri dalam menjawab soalan yang diajukan.

Pagi ini, Ahli Parlimen Paya Besar Mohd. Sahar Abdullah menempelak Menteri Industri Utama, Teresa Kok selepas Teresa gagal memberi jawapan dengan meyakinkan berkaitan usaha kementerian untuk memperkasakan industri sawit Malaysia terutama dari segi mencari pasaran baharu dan memperluaskan industri hiliran dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan golongan pekebun kecil sawit.

Teresa yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh memberi jawapan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong pembangkang apabila menjawab sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri, harga sawit akan tetap mengalami turun naik di pasaran dunia.

Ketika menjawab soalan Shahar, Teresa memberitahu program Biodiesel B10 iaitu adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel fosil sedikit sebanyak telah membantu meningkatkan harga purata sawit pada harga RM2,037 per tan bulan Januari dan RM2,122.65 per tan pada bulan Februari.

Namun begitu, jawapan yang diberikan itu menerima kritikan Mohd. Shahar yang mempersoalkan mengapa Teresa tidak mengumumkan harga pada bulan Mac yang telah menurun.

“Jadilah menteri yang ada standard sikit, apalah,” bidas Sahar yang jelas tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Untuk rekod, kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Teresa seringkali mengundang kontroversi, antaranya ialah menyarankan para pengusaha sawit bertukar bidang dengan mencuba menanam buluh. – UMNO ONLINE



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan