Header Ads

ads header

Flash News

Mahu Islam lebih kuat, pengundi PAS rela pangkah dacing


KUALA LUMPUR, 2 Mac — Demi “perpaduan Melayu” dan “Islam”, beberapa penyokong PAS tidak ada masalah mengundi Barisan Nasional (BN) di Semenyih, hari ini.

Malah, seorang daripadanya, Mohd Nizam Mat Ali berkata perkara itu dilakukan bagi menunjukkan Melayu bukan “bangsa yang ditindas”, lapor Malaysiakini.

“Kita harapkan kerjasama Umno, PAS ini demi kepentingan Islam, malah saya kira apa yang terjadi di Cameron Highlands tempoh hari bertambah hebat di Semenyih ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengundi parti Islam mengatakan beliau “tidak kekok” memangkah BN.

“Apabila orang Melayu bersatu secara tidak langsung Islam akan menjadi lebih kuat di tanah air ini,” kata Sabri Tudan, 54, pula.

Pilihan raya kecil (PRK) Semenyih menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN Zakaria Hanafi, Muhammad Aiman Zainali (Pakatan Harapan), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon Bebas Kuan Chee Heng.

MR :  Islam kuat, Melayu selamat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Islam kuat semua selamat,Melayu,Cina,India dan semua

    BalasPadam