Header Ads

ads header

Flash News

"Malay Sketches" (1895) Frank Swettenham menyingkap sisi gelap orang Melayu


Menerusi karya "Malay Sketches" (1895) Frank Swettenham telah memberi pendapat beliau mengenai orang Melayu berdasarkan pengalaman selama 24 tahun sejak kali pertama menjejak kaki pada 1871.

Dalam membicarakan perihal orang melayu, Frank Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik semata-mata, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu.

Antara tabiat atau sifat buruk orang Melayu adalah seperti berikut:

1. Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik.

2. Orang Melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.

3. Suka mempercayai hal yang karut marut.

4. Orang Melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya.

5. Tidak mudah menerima sebarang perubahan sampai bila-bila.

6. Orang Melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.

7. Orang Melayu tidak menghargai masa.

8. Rumah orang Melayu kadang-kadang dilihat tidak kemas, malah kotor.

9. Orang Melayu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.

10. Orang Melayu suka mengamuk, lebih-lebih lagi wanita.

11. Walaupun orang Melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.

12. Orang Melayu suka berpuak-puak.

13. Orang Melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan.

KESIMPULAN: Sikap buruk ini walaupun tidak sedap dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada di antara sikap buruk tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat Melayu kini. Senarai "buruk" ini harus menjadi pengajaran bagi orang Melayu zaman mutakhir dalam meningkatkan sahsiah mereka agar dipandang tinggi, jangan terlalu dibuai oleh syair dan gurindam akan keindahan bangsa Melayu, tetapi harus tegar memperbaiki diri bila ditegur.

والله أعلم بالصواب


MR :  Melayu boleh selamat dengan Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan