Header Ads

ads header

Flash News

Nurul Serang Tun, Undi Tak Percaya atau PRK Rantau?


Dalam satu wawancara dengan The Straits Times Singapore ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak "bakal PM" Malaysia Nurul Izzah dilaporkan berkata:

"I mean having to work with a former dictator who wreaked so much damage, not just on our lives, but the system.

"It was not easy,"

(Maksud saya bekerja untuk seorang bekas diktator yang telah banyak merosakkan bukan hanya kehidupan kita tetapi sistem Bukkannya mudah)
 

Nurul meluahkan kekecewaan dan patah hatinya dengan sikap dan kepimpinan Tun Dr Mahathir dan masih kecewa dengan tindakan Tun memenjarakan ayahnya sebelum ini.

Difahamkan tindakan Tun menerima ahli-ahli Parlimen Umno yang melompat ke Bersatu selain mengekalkan Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC sedangkan beliau bukan lagi anggota pembangkang (PH berjuang memperuntukkan kerusi Pengerusi PAC untuk wakil pembangkang) antara faktor "patah hati" Nurul.

Tindakan Nurul ini mula menunjukkan keretakkan dalam PKR sedang calon PKR bakal berhadapan BN dalam PRK Rantau tidak lama lagi
 
Seorang bekas ahli parlimen PKR N.Surendran menyelar tindakan Nurul menyerang Tun sebagaimana dilaporkan The Star hari ini manakala Timbalan Presiden PKR DS Azmin Ali dilihat memerli tindakan Nurul itu dalam tweet nya walau tidak menyebut nama (cry baby?).

Mungkinkah serangan pada Tun ini permulaan ke arah "Langkah Langkawi" iaitu undi tidak percaya terhadap Tun?

Kalau Tun bekas diktator sebagaimana didakwa, pasti pihak Bersatu pro Tun sangat tahu DS Anwar pula bekas apa.

Jadi mana yang akan datang dulu? Undi tidak percaya atau PRK Rantau?
ROSLAN SMS


MR :  PAS dah baca lama tentang usaha nak singkir Mahathir... Ada yang nafi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan