Header Ads

ads header

Flash News

Masuk DAP Memang Tak Jadi Kapir..... Tapi jadi Bodoh


Aktivis anak muda, Jufazli Shi Ahmad yang merancang untuk mencabar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di kerusi Sungai Sibuga pada pilihan raya umum ke-14 nanti menyertai DAP sebagai ahli seumur hidup pada 5 Jun 2017 lalu.

Kemasukkan ke dalam DAP dikatakan ada kaitan dengan penangkapannya pada 9 November 2016 tahun lepas di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur dan disiasat kerana memfitnah, menghasut dan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multmedia. Dia ditahan sehingga 15 November 2016. DAP dikatakan banyak membantu. Ini kes balas bukti... (PAS sangat lemah dalam hal-hal begini)


DAP yang menghadapi imej buruk terutama untuk masyarakat Melayu, Islam mengambil kesempatan untuk menggantikan tokoh Melayu Islam yang sedia ada seperti Zairil dan Dyana yang kini dilihat terlibat skandal seks dan pengaulan bebas dengan akhlak yang merosakkan.

DAP mahu pemuda Melayu Islam yang Islamik bagi dijadikan ikon untuk PRU-14, maka Jufazli adalah tokoh yang baik untuk projek ini.

Sebenarnya kemasukkan Jufazli Shi Ahmad ke dalam DAP bukan suatu isu besar sehingga lebai perlu ulas melainkan setelah masuk DAP Jufazli Shi Ahmad mengeluarkan kenyataan yang rasa perlu lebai ulas.


Selepas beberapa hari dia menjadi ahli DAP seumur hidup, dia mengeluarkan kenyataan pada facebooknya dia masih Islam dan tidak murtad.

Tak ada sesiapa pun kata masuk DAP boleh jadi murtad. Mungkin kita sahaja perasaan orang kata kita murtad kerana DAP ada agenda kristianisasi. Perasaan itu membuatkan kita seolah-olah memandang serong kepada orang lain.

Masuk DAP takkan jadi murtad... HANYA JADI BODOH. Ini lebai bertanggungjawab.

Kenapa lebai kata jadi bodoh?
Apa hujah lebai?
Lebai ada bukti ke?

Melati Rahim


Kita masih ingat lagi gadis Jamila Rahim (lebih dikenali nama pena/samaran Melati Rahim) yang berpurdah masuk parti DAP yang kononnya parti DAP lebih dekat dengan keadilan serta meletakkan dasar kemanusiaan sebagai tunjang dan teras utama, yang juga merupakan salah satu asas dalam ajaran agama Islam katanya. Mungkin ini juga alasan geng PAN & IKRAM sanggup memperHAMBAkan (pinjam pakai ayat A. Samad Said) diri kepada DAP.


Wanita Islam dikehendaki membatasi diri dengan bukan mahram. Wanita yang memakai purdah pula biasa lebih lagi bertujuan menjaga dirinya daripada bukan mahram. Tapi bila masuk dalam DAP akhirnya DIPERBODOHKAN dengan amalan Islam liberal, yang sebenarnya DAP anti-Islam secara tersembunyi.

Apa terjadi dengan Melati Rahim setelah pernah berpuasa dan berbuka dengan bukan mahram dan makan setalam pula... Setelah kejadiaan "BODOH" ini Melati Rahim sudah macam menghilangkan diri.

A. Samad Said


Awal Ramadan baru-baru ini A. Samad Said telah dipergunakan oleh DAP untuk membela Hannah Yeoh setelah didedahkan gerakan kristianisasi oleh Dr Kamarul Azman Yusoff pensyarah UUM.

Pada majlis sebelum berbuka A. Samad Said diminta mengulas tentang Hannah Yeoh oleh Lim Kit Siang. Kalau anda lihat keadaan A. Samad Said pada masa itu banyak tutup muka dengan tangan yang mengambarkan keadaan di'perbodoh'kan. Ini sesuailah bila dia mahu menyertai DAP dia kata dia hanya mahu jadi hamba DAP sahaja. "Hamba" dalam bahasa klasik Melayu moden ialah diperbodohkan...

A. Samad Said ada menulis...
“Yang disorot hanya bahagian terkhusus kerana kebetulan Hannah seorang mubaligh Kristian yang sangat padu dan cekal dan kini dalam dunia siasah tanah air.”

“Yang dinampak—atau diserang—tampaknya sengaja tertumpu kepada pergerakan agamanya untuk sesuai mendakwa DAP mempunyai hasrat, kononnya, berazam menafirkan Melayu.”


“Pendeknya, yang dinampak atau sengaja ingin dinampakkan, ialah hajat siasah Hannah Yeoh, lebih-lebih lagi DAP, untuk mengembangkan agama Kristian.”
Hanya mereka yang memahami bahasa tersirat boleh membaca apa yang tersirat dalam hati seseorang yang sudah tersilap langkah.

Dr. Ariffin Omar


Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian. Beliau mengatakan demikian ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah, yang menimbulkan perbahasan mengenai aktiviti evangelisme dalam negara.

Rekod Hansard perbahasan yang berlangsung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara itu turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.

Dr Ariffin adalah pengasas pergerakan NGO bukan politik, ALIRAN masuk DAP tahun 2011 dan sekarang adalah Naib Presiden DAP setelah bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah digugurkan daripada jawatan senator seterusnya keluar DAP kerana wujud banyak penyelewengan dalam organasasi DAP.

Kalau anda melihat kepada pendidikan dan penglibatan Dr. Arifin Omar sudah pasti anda akan dapati dia bukan sebarang orang, tapi malangnya DAP memperbodohkan dia dengan agamanya sendiri walaupun pendidikan sudah sangat tinggi.


Lebai tak akan menghuraikan tentang Dr Aziz Bari, Dyana Sofya, Zairil, Mejar Zaidi, Aspan Alias (seorang blogger yang pernah menulis kritikan tentang pengurasan calon DAP dan memuji sikap PAS dalam artikelnya) yang sudah pasti pembaca boleh melihat bagaimana kedudukan mereka ini dan kesudahan yang pasti dihadapi mereka.


Berkenaan Zaid Ibrahim pula, maaf lagi lebai tak nak ulas kerana dia ni dah bodoh tentang Islam sebelum lagi masuk DAP. Bila masuk DAP tak perlu DAP nak perbodohkannya...

Tapi kemasukkan Zaid Ibrahim tak payah kita risau, dia ni bukan boleh mendekat Melayu Islam kepada DAP, menjauhkan lagi mungkin ada.

Maaf lebai menulis kasar
Tapi kasar itu menjurus kepada hakikat sebenar bila kita menolak cara hidup agama kita sebagai jalan penyelesaiaan masalah. Allah pasti lebih kasar lagi dalam peringatanNya.





MR :  Ulang siar bagi maklumat yang dulu orang anggap tulisan sekadar khayalan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan