Header Ads

ads header

Flash News

Mukhriz akui UMNO tak kuat di Kedah, Kenapa UMNO boleh tawan Kedah daripada PAS?


MalaysiaDateline telah menyiarkan berita bahawa Menteri Besar Kedah berkata, keadaan politik pembangkang di negeri itu didokong kuat oleh Pas dan bukannya Umno seperti yang didakwa.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, lantaran itu Umno jelas memberikan laluan kepada Pas untuk kembali mentadbir negeri itu atas dasar ‘perbentukan kerajaan perpaduan’ antara Pas dan Umno.

“Saya sudah ucap tahniah kepada Umnokerana telah memberi laluan kepada Pas untuk ambil alih negeri Kedah. Ini sifat murah hati yang begitu hebat kepada Umno kata Mukhriz

“Tentunya yang menjadi lebih kuat di Kedah adalah Pas bukan Umno,” katanya selepas menghadiri pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat.


Persoalan timbul kenapa Mukhriz kata PAS kuat dan bukan UMNO sedangkan sebelum ini UMNO dibawah kepimpinan Mukhriz telah berjaya menawan Kedah daripada Ustaz Azizan Razak?

Memang betul UMNO tak kuat tapi UMNO boleh tawan Kedah daripada Ustaz Azizan kerana wujudnya pengkhianatan daripada pimpinan AMANAH sekarang serta bantuan daripada pertubuhan IKRAM (aku hairan kenapa masih ada ahli-ahli PAS yang hantar anak mereka di sekolah AL-AMIN)

Mereka ini antara yang telah menjalinkan hubungan dengan pimpinan UMNO secara tidak langsung menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS sehingga PAS jatuh kepada UMNO dalam PRU-13.

Terdapat lapan kerusi dikategorikan sebagai swing seat iaitu pernah jatuh ke tangan PAS pada PRU 2008. Namun BN memenanginya semula pada PRU-2013. Majoriti kesemua kerusi-kerusi ini sekitar 600 ke 3,000 undi. Lapan kerusi ini dikenalpasti telah dikhianati oleh Datuk Dr Ismail Salleh, Pengerusi AMANAH Negeri Kedah sekarang, Datuk Ir Phahrulrazi Zawawi, Mohd Asmirul Anuar Aris Ketua Pemuda AMANAH sekarang,  Dr Salmee Said Naib Pengerusi AMANAH dan Mahfuz Omar. Mereka ini yang mengkhinati PAS sehingga PAS Kedah jatuh kepada UMNO/BN.

Kerusi yang jatuh terus ke tangan pembangkang pada PRU 2008 dan gagal dirampas semula BN hampir lima tahun lalu dilabelkan sebagai ‘transfer seat’. Jumlah kerusi sebegini adalah sebanyak 11 kawasan dengan majoriti pada PRU 2013 antara 500 hingga 3,000 undi. Hanya satu transfer seat daripada pembangkang kepada BN iaitu DUN Belantek di mana pada PRU-11 dimenangi Pas. Namun, pada PRU-12 dan PRU-13 dimenangi BN atas faktor pengkhianatan dalaman oleh PASMA.


Demikian jugalah dengan DUN Tokai, Anak Bukit, Sg. Limau dan Bukit Pinang dilabelkan sebagai ‘kerusi tradisi’ Pas kerana parti itu memenangi keempat-empat kerusi sejak PRU 2004 serta gagal kembali ke pangkuan BN juga kerana pengkhinatan PASMA dan IKRAM.

Hari ini Mukhriz secara tak sengaja menyebut bahawa UMNO tak kuat. Yang Kuat islah PAS jika tiada pengkhinatan PASMA (AMANAH Sekarang) dan pertubuhan IKRAM yang menikam PAS daripada dalam (baca tulisan anlisis lengkap di sini)

Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89


MR :  IKRAM ni ada ahli PAS berpendapat lebih jahat daripada UMNO


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan