Header Ads

ads header

Flash News

Najib dakwa Mat Sabtu tidak mahu mengalah


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tetap tidak mahu mengalah dalam isu penjualan Hotel Royale Chulan, meskipun pendedahan yang dilakukan beliau sebelum ini ternyata sahih.

Malah, menurut Ahli Parlimen Pekan itu lagi, setiap kali beliau membuat pendedahan mengenai penjualan hotel milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ia dijawab dengan alasan yang tidak munasabah.

"Apabila saya membuktikan wang deposit RM3.94 juta telah diterima oleh pihak Boustead, pihak Mat Sabu jawab, wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urusniaga itu tidak jadi atau terbatal.

"Bila saya dedahkan pengumuman pembeli dari Singapura telah dibuat dan diluluskan oleh Bursa Saham Singapura, pihak Mat Sabu jawab, ia adalah perkara biasa bagi sesebuah syarikat untuk memaklumkan kepada pemegang saham tentang aktiviti mereka.

"Alangkah banyaknya masa dan wang kerajaan PH dan syarikat Singapura ini untuk dibazirkan bagi mengupah peguam-peguam, membuat perjanjian, membayar deposit jika langsung tidak ada niat untuk menjual Hotel ini pada harga murah,"katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Najib secara sinis turut mempersoalkan sama ada kerajaan PH suka melakukan perkara sia-sia dengan menjadikan jualan harta bernilai ratusan juta sebagai permainan.

"Kerajaan PH suka membuat kerja sia-sia, main-main jual harta beratus juta ke? Lepas tu, mereka kata saya hidup dalam kayangan pulak," katanya.

Hari ini, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar membidas Najib dengan mengatakan bekas pemimpin nombor satu negara itu terlalu lama hidup dalam 'kayangan' apabila tidak memahami mengenai pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan.

Terdahulu, Najib menerusi laman Facebooknya mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Pertahanan berhubung isu penjualan Hotel Royal Chulan Bukit Bintang milik LTAT Boustead Holdings Berhad yang masih belum dimuktamadkan.

Najib mendakwa, Boustead sudah buat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia pada Selasa minggu lalu, dan mengesahkan ia sudah menandatangani surat setuju terima daripada syarikat Singapura dengan wang deposit RM3.94 juta atau dua peratus sudah diterima syarikat itu.


MR :  Kalau mengalah habislah air muka PH dan D4P... Aib D4P amat penting untuk parti AMANAH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Mat Sabu kartoon askar pon akan jadi kartoon . Kena lenyek dengan kereta kebal boleh bangun balik . Tak mati mati .

    BalasPadam