Header Ads

ads header

Flash News

Naik Taraf Kehidupan Desa Di Terengganu


Alhamdulillah saya dimaklumkan perbahasan saya berkaitan keperluan naik taraf Balai Chabang Tiga, Manir dan Batu Rakit serta kereta dan motosikal peronda di Ibu Pejabat Kontinjen Terenggganu mendapat perhatian pihak yang berkenaan.

Begitu juga soal Klinik Desa di Kuala Terengganu yang ada yg sangat ketinggalan berbanding Klinik klinik yg ada sekarang sehingga ibu ibu yg sarat mengandung perlu menunggu dengan duduk bersila/bersimpuh atas lantai klinik. Ada wartawan yg talipon saya bertanya Klinik mana yg boleh dilihat keadaan itu. Saya beritahu cuba pergi Klinik di kampung saya , Klinik Desa Kg Durian Burung sudahlah. Terutama pagi hari Ahad atau hari ini hari Selasa.

Saya senaraikan Isu isu berbangkit di klinik desa durian burung:

1. Kekurangan kemudahan di klinik.
Masalah ruang menunggu yang sempit. Hanya kaum ibu dan anak yang muat utk menunggu. Tiada kerusi yg mencukupi. Bila terlalu ramai, hanya mampu duduk bersila sambil menunggu giliran.

2. Ruang kerja staf/ jururawat yang kurang selesa.

3. Pesakit yang ramai setiap hari terutama hari ahad dan selasa, memandangkan klinik desa durian burung tumpuan penduduk.

4. Tiada kemudahan kerusi meja yang lengkap untuk jururawat dan staf.

5. Tiada perabot, kipas yang mencukupi untuk simpanan ubatan dan fail2 pesakit.

6. Tiada ruang yg mencukupi dan selesa untuk bahagian kanak2

Saya menerima maklumat ekoran ucapan itu, Klinik Kesihatan Hiliran, Kuala Terengganu juga bakal diberi tumpuan ekoran masalah kesesakannya. Jika betul, saya ucapkan terima kasih kerana saya tidak sempat menyebutnya kelmarin.

Begitu juga masalah berkaitan Lesen Pukat Tunda Khas Musim Tengkujuh yg membabitkan nelayan Terenggganu. Saya harap pihak Perikanan cuba bezakan antara Pukat Tunda yg mendatangkan masalah kepada ekosistem, merosakkan bubu, mematikan anak anak ikan berkualiti tinggi sebelum ia sempat membesar dengan jenis pukat tunda yg diguna untuk menangkap udang oleh nelayan nelayan tempatan Terenggganu ini. Lesen Khas yg setiap tahun dileluarkan sebelum ini kecuali tahun ini disertakan dengan syarat yg sangat ketat memperincikan jenis pukat, kawasan yg boleh memukat dan lain lain yg menjamin apa yg jadi isu berkaitan ekosistem, bubu, unjam tidak terjejas oleh lesen khas ini yg cuma bagi membolehkan nelayan mengambil kesempatan dari fenomena musim tengkujuh dimana populasi udang ditolak oleh ombak ke pesisir pantai.

Jika udang ini dapat dituai, bukan sahaja nelayan beroleh pendapatan, rakyat Terenggganu juga boleh mendapat dan merasa udang segar yg lebih murah bila bekalan bertambah.

Saya juga membangkitkan kembali soal wang pendahuluan milik Kerajaan Terenggganu sebanyak RM1.85 billion yg telah digunakan oleh Persekutuan untuk melaksanakan projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Persekutuan telah berjanji memulangkan. Saya hairan bagaimana bila kerajaan persekutuan menaik taraf jalan di Kijal, Kemaman yg merupakan projek milik persekutuan, ia dikatakan sebahagian bayaran balik wang pendahuluan berkenaan? Itu sangat ganjil kerana apa yg menjadi milik persekutuan adalah memang tanggungjawab persekutuan. Adakah praktis yg sama dibuat di negeri lain? bayar wang negeri dengan projek milik persekutuan?

FB
Ahmad Amzad Hashim


MR :  Terengganu makin baik semenjak PAS memerintah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan