Saranan Agar Minum Satu Sudu Minyak Sawit Sehari
Kelmarin, Tun Mahathir, Perdana Menteri berkata, “Saya ucap tahniah kepada Kementerian kerana mengadakan kempen Sayangi Sawitku.” (idea bernas Menteri Sawit Teresa Kok) “Kita harap semua dari kita akan minum satu sudu kelapa sawit sehari..” (sila rujuk di sini)
Menteri Industri Utama, Teresa Kok hari ini menjelaskan maksud pesanan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta rakyat Malaysia agar meminum sesudu minyak sawit sehari.
Teresa memberitahu bahawa Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia menjadi duta kepada produk minyak sawit negara terutamanya minyak sawit dara atau virgin yang sangat kaya dengan kandungan vitamin E.
"Sebenarnya kita ada minyak sawit dara atau minyak sawit merah yang sangat bagus untuk menambah baik penglihatan kita.
"Memang ada penyelidikan dibuat oleh pakar nutrisi di China berkenaan minyak sawit merah yang dapat membantu meningkatkan lagi penglihatan terutamanya kanak-kanak. Jadi apabila Perdana Menteri kata kena minum satu sudu setiap hari merujuk kepada minyak sawit merah atau dara," katanya ketika ditemui media di Lobi Parlimen, hari ini.
Dengan nada berseloroh, Teresa berkata, sejak mengetahui khasiat ekstrak minyak sawit tersebut beliau sendiri juga meminumnya sehari sesudu dan kini berasa lebih muda.
"Jadi kempen Sayangi Sawitku sebenarnya untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada warga Malaysia tentang produk lima bintang kita itu kelapa sawit dan juga jadi duta kepada minyak sawit.
Bukan sahaja minyak sawit, buahnya juga boleh dibuat ulam ketika makan nasi. KERAjaanD4P juga diharapkan membuat kempen minum susu getah untuk mengatasi masalah harga getah makin menurun.
Dan kedai mamak juga sediakan stok minyak masak lebih bukan apa, takut bekalan habis kerana rakyat Malaysia sudah menjadikan tabiat paginya bersama roti canai....
Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89
MR : Aku rasa Atok panjang umur mesti dia minum minyak sawit
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan