Header Ads

ads header

Flash News

PAS: Kerjasama Umno mampu rampas banyak kerusi, tidak hairan DAP rasa terancam


KUALA TERENGGANU, 9 Mac ― Kerjasama PAS dan Umno akan menggerunkan Pakatan Harapan khususnya DAP yang didakwa “bernafsu besar” menguasai politik Malaysia, kata Yahya Ali.

Timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu berkata kerjasama dua parti itu boleh merampas banyak kerusi dalam pilihan raya khususnya di kawasan Melayu, lapor Sinar Harian.

Menurutnya lagi, berlaku pepecahan undi di sesetengah kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya umum lalu sehingga calon bukan Melayu dan Islam dari PH menang.

“Jadi kita boleh fahamlah mengapa sesetengah pihak terutama DAP yang mempunyai nafsu besar untuk menguasai politik Malaysia ini terasa terancam,” katanya.

“Sehingga Setiausaha Agung Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan saya sangat ekstrem dan menganggap ia satu serangan kepada orang bukan Melayu,” katanya.

Yahya berkata kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin, yang sepatutnya berjiwa besar berdepan apa jua situasi.

Bagaimanapun Lim dilapor membetulkan kenyataanya dan menukar perkataan ‘isytihar perang’ kepada ‘menyasarkan’ dalam kenyataannya.

Yahya berkata PAS berjuang atas tuntutan Islam sambil tidak mengabai malah mempertahankan hak orang bukan Melayu dan Islam, jika menguasai pusat.

MR :  D4P terasa tergugat dengan penyatuan melayu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan