Header Ads

ads header

Flash News

Penduduk PPR dihalau pihak berkuasa Pulau Pinang


PULAU PINANG 6 Mac - Perhimpunan kira-kira 22 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown di sini bagi membantah arahan pengosongan unit masing-masing bertukar kecoh apabila pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri bertindak mengunci rumah-rumah penyewa terlibat hari ini.

Perhimpunan tersebut yang bermula secara aman kira-kira pukul 10 pagi bagi merayu kerajaan negeri memberi peluang kepada mereka untuk tinggal di rumah tersebut kemudiannya bertukar ‘panas’ selepas kedatangan pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri kira-kira pukul 10.30 pagi di PPR berkenaan.




Penyewa termasuk ahli keluarga yang berada di kawasan parkir PPR berkenaan untuk berhimpun kemudiannya bertindak berdiri di hadapan rumah masing-masing bagi menghalang pegawai perumahan mengunci serta menyita rumah mereka.

Difahamkan, lapan penyewa telah mendapat notis untuk mengosongkan rumah tersebut bermula hari ini namun masih enggan berpindah dan rumah mereka telah dikunci oleh pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri hari ini.

Kesemua mereka diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing selepas hilang kelayakan menduduki rumah PPR termasuk melebihi kemampuan, mempunyai rumah lain dan berkahwin dengan warga asing.

Seorang penyewa, Nazrimah Jamal Abidin, 44 berkata, dia mempunyai lapan orang anak berusia 24 hingga empat tahun dan empat daripanya masih bersekolah.

“Saya sedar suami merupakan warga asing (Penduduk Tetap), tetapi kami telah tinggal di sini sejak 14 tahun yang lalu dan pada ketika itu tidak ada masalah untuk kami menyewa di sini.

“Saya tidak bekerja dan suami hanya bekerja sebagai buruh kontrak dengan pendapatan harian, kami tak mampu cari rumah sewa lain,” katanya di sini hari ini. - UO


MR :  Kenapa tak ada yang bantu? Kalau betul mereka ini miskin dan tak mampu?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan