Header Ads

ads header

Flash News

Dana RM90 juta: Ustaz Khalil sempat bergaya dihadapan bangunan SPRM


Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penerimaan wang RM90 juta daripada Umno.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha II (Diplomatik dan Hubungan Luar) Pemuda PAS Muhd Khidhir Izaidin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang mengiringi Khalil ke ibu pejabat SPRM berkata adun Batu Buruk itu disoal siasat selama lebih satu jam.

"Kami sentiasa beri kerjasama sepenuhnya dengan keterangan yang jujur atas fitnah yang diajukan kepada Khalil," katanya.

Khidhir berkata antara tuduhan terhadap Khalil adalah beliau memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dibeli menggunakan wang daripada dana RM90 juta itu.

"Ia tetap berterusan walau sudah disangkal beberapa kali. Maka Setiausaha Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden tampil membuat pengakuan bahawa motosikal itu miliknya.

"Afnan bukan saja pendakwah bebas, beliau juga seorang pengusaha stesen minyak yang telah beroperasi lebih 12 tahun," katanya lagi.

Beliau merujuk hantaran FB Afnan semalam yang berkata motosikal itu miliknya dan langsung tiada kaitan dengan Khalil.

Hantaran itu turut menyertakan gambar Afnan bersama Khalil yang sedang menunggang motosikal tersebut.
 
 
SPRM melancarkan siasatan berhubung dakwaan itu selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik samannya terhadap Clare Rewcastle Brown berhubung artikel di Sarawak Report yang mendakwa Umno membayar RM90 juta kepada beberapa pemimpin PAS untuk mendapatkan sokongan mereka.

Antara pemimpin PAS yang sudah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan adalah Murshidul Am PAS Hashim Jasin, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Anggota jawatankuasa pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa.

Siasatan adalah mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagaimanapun, pemimpin PAS menafikan semua tuduhan itu.
 
 

MR :  Aku kalau orang minta datang ke penjara dan bilik gantung pula tu, rasa aku bergaya macam Ustaz Khalil... apa nak hairan bukan kita kena gantung


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. SPRM ini ashik siasat cakap cakap kedai kopi [gossip] . Herannya orang yang cakap cakap kosong tidak disiasat . Buat kerja secara senyap lagi baik bukan war war kan di akhbar.Jika didapati salah barulah bagi tau dgn bukti sekali . Siasat yang bawa cerita dulu . Kalau macam ini every Tom Dick Harry complain siasat .

    BalasPadam
  2. SPRM ni pun takut kene lucut jawatan. SPRM biarkan MALAYSIAKINI buat semua statement merapu.Sebagai org ISLAM aku x bimbang sangat keadaan FITNAH yg dahsyat ni,sbb aku YAKIN ALLAH akan bayar cash! lambat atau cepat sahaja. Aku sentiasa hadiahkan dan bayangkan muka penjenayah yg HINA ISLAM, YANG KEJI PAS dgn doa qunut nazilah. insyaallah ALLAH akan bantu pejuang islam, yg penting kita USAHA TEGAKKAN ISLAM.

    BalasPadam