Header Ads

ads header

Flash News

Mahfuz Omar, Ahli Seumur Hidup tulis surat kecewa


Saya sebagai ahli PAS seumur hidup berasa begitu sedih mengikuti perkembangan PAS terkini.

Dua tahun lepas bila di tuduh PAS meningalkan Pakatan Harapan kerana ingin bergabung dengan UMNO saya kurang percaya kerana ianya di nafikan oleh pemimpin PAS sebagai fitnah.

Bila ada berita bahawa PAS inging tubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO semasa krisis MB Selangor saya masih lagi yakin PAS akan berpegang pada janji dan tidak akan menikam rakan rakan dari belakang kerana PAS adalah pejuang Islam dan hanya mencari keredhaan Allah swt dan bukannya gila kuasa.

Bila PAS terlibat dalam RUU 355 saya juga menyokong PAS walau pun ramai yang mengatakan ianya hanya drama PAS dan UMNO untuk meraih sokongan umat Islam.

Pada PRU 14 ramai yang menyerang PAS kerana bertanding di 158 kerusi Parlimen adalah untuk membantu BN untuk menang dengan pertandingan 3 penjuru. Seperti penyokong PAS yang lain saya berpendapat adalah mustahil PAS ingin membantu UMNO dengan bertanding kerusi parlimen begitu banyak.

Tetapi setelah melihat sendiri apa yang berlaku di Cameron Highland dan Semenyih, hati saya begitu sayu apabila perkara yang takuti benar benar berlaku. Secara terang terang PAS turun membantu BN yang dari dulu adalah musuh Islam yang telah banyak melakukan kekejaman pada PAS.

Kami orang orang kampung dah 60 tahun di pulau dari semua bantuan kerjaan samada baja atau anak ayam, malah jalan tar kampung pun di haramkan ke rumah rumah orang PAS.

Pemimpin pemimpin PAS yg terdiri dari ustaz ustaz muda tidak pernah merasa penindasan dari kerajaan BN. Lalu baru saya terfikir adakah kerana wang ringgit yang di taburkan telah meruntuhkan Iman pemimpin PAS hingga sanggup memakai baju biru BN yg kami benci dan sanggup berpayung dengan payung biru pekat yang pernah di label sebagai kafir.

Tiba tiba keluar video Nik Abduh yang kami kurang yakin suara beliau dan di nafikan juga oleh beliau. Tiba tiba dengan kuasa Allah swt suara Nik Abduh adalah tulin dan beliau sendiri mengaku. Pembohongan oleh Nik Abduh saya tak boleh terima kerana ianya bukan sifat Rasulullah saw dengan apa alasan sekali. Tuan Guru Hj Hadi tidak sepatutnya merestui perbuatan mendusta oleh Nik Abduh.

Terkini penarikan saman di London oleh Hj Hadi walau pun sebelum ini kami bersyukur kerana sudah menang. Banyak juga duit orang orang di dermakan kerana kami di suruh wala' jika mahu ke syurga.

Tak cukup dengan penarikan saman Hj Hadi membuat pembayaran secara rahsia kepada mek saleh di London tanpa memberitahu ahli ahli PAS secara jujur.

Sentimen Perkauman yang di tolak PAS sebelum ini kerana bertentangan dengan prinsip Islam sudah di dendangkan untuk mengikut rentak UMNO. Rasulullah pun tidak pernah berjuang menegakan kaum.

Apabila melihat apa yang berlaku sejak akhir akhir ini saya beranggapan Allah telah mengaibkan pemimpin2 PAS kerana bersikap begitu angkuh, demi kuasa sanggup menyokong BN yang terkenal dengan rasuah dan penyamun harta negara.

Sekarang baru saya sedar pemimpin PAS sekarang bukanlah mencari keredhaah Allah, mereka mencari kuasa dunia dan harta dunia. Jika tidak masakan mereka sanggup mengambil wang UMNO sebagai ganjaran meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pada rakan rakan PAS insaflah dan PAS bukan lagi parti yang kita harapkan untuk menegakan Islam

Ahli Pas Seumur Hidup
Mahfuz Omar
(Jangan marah aku sengaja reka surat ni saja nak kencing puak PAS aje... Baru nampak ahli PAS sendiri tak suka PAS)



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

9 ulasan:

  1. tUAN mAHFUZ, tun Mahathir dah ok?dah bersih ker?Memali apa citer?Dah cuci tangan Mahathir.Takyah hipokrit simpati pada PAS,Takyah munafik ambil peduli PAS.Jagalah DAp tu hidup hingga mati.DAP serang Islam kamu DIAM, Kamera AES dah Makasid Syariah.Temberang

    BalasPadam
  2. Tak sama fatwa ulamak liberal ph islam. Banyak yang terpesong. Mereka cenderong untuk membantu dap utk sekeh org islam terutama dalam pas. Ulamak liberal pan sabu adalah ulamak keciciran itm setelah ditendang dari itm. Presiden pkr adalah ulamak liberal yg berkelulusan sastera melayu. Dap pula guan eng dan kit siang adalah ulamak liberal yg berimankan kristian.
    Mereka inilah dajjal yang menyarung pelbagai topeng. Mereka ini menggunakan politik reka cipta bohong dan didendangkan berulangkali agar dilihat biasa. Ada manifesto pun bohong semata mata.

    BalasPadam
  3. Puak munafik liberal adalah khadam kafir harbi yang membuat kerja kotor untuk menfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam, ulama Islam dan parti Islam PAS dan menafikan hak umat Islam kerana abang besar kafir harbi benci Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
  4. PAN x tersusun. DAP tersusun. Memang PAN kena makan punya. Sebab tu PAN (konon claim as party progresive islamic) segan silu nak tegur Non Muslim & Non Bumiputera yang dah melebih-lebih tu. Apa yang progressive tah? Fahankah apa itu kontrak sosial yang atok cina india dlu dah setuju dengan atok nenek kita dulu?

    BalasPadam
  5. Perasaan betul Mahpus ini . Tengok muka dia ini terus istifar .

    BalasPadam
  6. Usah layan para balaci atau khadam yang sedang khayal sedut asap colok tokong DAP...Dah dapat putrajaya kemudian bertukar mat putarjaya. Sekarang bertukar pula pada mat autajaya...Kerana itu sesiapa yang munafiq dan khianat kepada jamaah dikeluarkan dari jamaah kerana tidak layak serta merosakkan organisasi

    BalasPadam
  7. Kalau kau tinggalkan PAS atau kau disingkirkan dari PAS, apakah kau layak gelar diri kau ahli seumur hidup?
    Aku pun bayar yuran sekali gus!!!

    BalasPadam
  8. Moga mahfus kembali kejalan perjuangan islam yg sebenar. Ameeeeen

    BalasPadam
  9. kesian..


    kesian mahpus.. tu la bahana langgar baiah. kan dh serba tak kena. nak masuk balik pas takut jadi ahli bishe-bishe je.

    BalasPadam