Header Ads

ads header

Flash News

Penswastaan bukan ubat semua masalah kata Najib kepada PH


Mengulas galakan penswastaan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi mengecilkan saiz penjawat awam, bekas perdana menteri Najib Razak berkata ia bukanlah ubat terhadap segala masalah.

Kata Najib, keberkesanan penswastaan seperti yang dicadangkan Dr Mahathir bergantung kepada beberapa faktor.

“MAS (Malaysia Airlines) pernah diswastakan semasa zaman beliau (Dr Mahathir). [...] Kita terpaksa bayar RM1.6 bilion untuk membelinya semula. Itu penswastaan yang tak berjaya (went awry).

“Kita selamatkan, kita tebus (bailout) penswastaan tersebut.

“Jadi, penswastaan bukanlah ubat kepada segala masalah, ada beberapa keadaan yang perlu diambil kira bagi memastikan adakah langkah itu langkah yang tepat,” katanya kepada pemberita selepas tamat sesi Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Bagaimanapun, Najib tidak menolak mentah-mentah cadangan Dr Mahathir itu.

Ketika disoal tentang skim pemisahan sukarela (VSS) yang pernah dilaksanakan terhadap MAS pada zamannya yang mirip dengan cadangan Dr Mahathir, Najib berpendapat tiada salahnya pelaksanaan seumpama itu.

“Jika ada bahagian yang boleh dikurangkan, jawatan yang bertindan, kenapa tidak? Jika ada organisasi yang boleh dikurangkan, kenapa tidak?

“(Tetapi) ia harus melalui perbandingan yang baik. Berapakah bilangan penjawat awam yang ideal? Tak boleh berasaskan retorik.

"Perlu berasaskan analisis dan kajian yang mendalam. Perlu perbandingan yang setara,” katanya lagi.

Pada 21 Feb lalu, Dr Mahathir berkata bahawa jumlah anggota kerajaan terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Pengerusi PH itu juga berkata kerajaan berhasrat membangunkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor swasta dengan gaji yang lebih lumayan bagi mengurangkan kebergantungan rakyat untuk bekerja di sektor awam.

MR :  Najib sekarang menguasai isu... Apa nak kata Atok, percepatkan perbicaraan sumbat macam Anwar dulu 18 tahun lagi kalau Atok hidup boleh bergabung dnegan Najib


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan