Header Ads

ads header

Flash News

Nak selamatkan MAS, guna pelan saya, kata Najib


Bagi menyelamatkan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd (MAS), bekas perdana menteri Najib Razak mencadangkan agar kerajaan mengguna semula pelan baik pulih yang pernah digunakan ketika zamannya.

“Kita ada pelan baik pulih, guna balik pelan itu. Semasa saya memerintah, kita yakin kita akan dapat membuat baik pulih,” katanya.

Jelasnya, cadangan beberapa pihak agar MAS ditutup atau dijual adalah merupakan langkah yang silap.

“MAS itu kebanggaan kita. Ia mesti terus menjadi syarikat penerbangan nasional.

“Ada pelan baik pulih semasa saya menjadi pengerusi Khazanah, dan pelan kita berfungsi, (cuma) ia perlukan sedikit sahaja masa lagi.

“Tak ada sebab MAS dijual atau ditutup. Itu langkah salah, dan rakyat tak akan menyokongnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat sesi Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Beliau mengulas pandangan penganalisis penerbangan yang mencadangkan MAS ditutup susulan kerugian yang dihadapi syarikat penerbangan itu.

MAS mengalami kerugian sejak diswastakan pada tahun 2014.

Apabila disoal tentang dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau melindungi masalah kewangan yang dihadapi Khazanah semasa zamannya, Najib menafikan hal tersebut.

“Tidak tidak. Macam yang dikatakan anggota parlimen Bera (Ismail Sabri Yaakob) cakap tadi, setiap tahun semasa pemerintahan BN kita untung sampai tiga ke empat bilion.

“Kenapa dalam masa sepuluh bulan dah rugi RM6.3 bilion?” soalnya lagi.

Selain itu, Najib turut mempersoalkan tentang susut nilai aset yang dihadapi MAS sebanyak RM25 bilion.

“Kenapa IHH (IHH Healthcare Berhad) dijual kepada Mitsui? Ini satu kehilangan besar pada negara.

“Itu penyedian perkhidmatan kesihatan kedua terbesar di dunia dan boleh jadi badan yang membuka jalan (peluang) pekerjaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya di persada antarabangsa,” katanya lagi.



MR :  Kan dah kena perli oleh Najib... Makin naik angin Atok


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan