Header Ads

ads header

Flash News

PH telah merasai padahnya apabila Umno dan PAS bergabung tenaga


Pilihan raya kecil Semenyih telah melabuhkan tirai. Pakatan Harapan tewas di satu kawasan DUN yang ia sendiri adalah kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan majoriti 1,914 undi di tangan BN yang dikatakan sudah “meninggal dunia”.

PH menghadapi tekanan semenjak kekalahan di Cameron Highlands yang menyaksikan bekas perdana menteri, Najib Razak bangkit dengan jenama ‘MaluApaBossku’ menguasai media sosial yang selama ini dikuasai oleh PH dan menyebabkan Umno dan PAS dipaksa bertaut bersama untuk menghadapi serangan PH.

Serangan bertali arus PH terhadap Najib dan PAS yang berlarutan sehingga hari ini telah memasuki fasa keterlaluan (overkill) sebagaimana BN pernah menyerang Anwar Ibrahim satu masa dahulu semasa mereka berkuasa.

PH terlupa bagaimana taktik itu memakan diri BN sehinggakan segala tuduhan yang dilemparkan ke atas batang tubuh Anwar, walaupun mungkin benar, disambut dengan simpati kepada beliau dan pelbagai teori konspirasi dalam kalangan rakyat sekali gus menjadikan taktik tersebut tidak berkesan.

Ini terbukti dalam serangan PH terhadap Najib, terutamanya serangan daripada pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang sejak PRK Cameron Highlands tidak melemaskan bekas perdana menteri itu, sebaliknya merancakkan lagi penerimaan netizens terhadap jenama ‘MaluApaBossku’ di media sosial.

PH sememangnya menyedari BN tidak mungkin menang dalam PRK DUN Semenyih tanpa undi ahli dan pendukung PAS.

Jadi tidak menghairankan apabila isu rasuah dan skandal RM90 juta yang melibatkan PAS dihidupkan semula secara bersungguh-sungguh sepanjang PRK Semenyih seolah-olah PAS bertanding di situ menentang PH.

Pada waktu yang sama, langkah SPRM memanggil pimpinan PAS untuk disoal siasat disokong dengan ledakan berita berdasarkan sumber tanpa nama bahawa aset dan akaun sebilangan pimpinan PAS telah dibekukan.

Apakah yang diharapkan daripada serangan bertali arus terhadap PAS ini? Selain mengharapkan ahli dan pendukung PAS berasa malu dan beralih arah kepada PH terutamanya Amanah, ia tidak lain tidak bukan juga bertujuan mengalihkan tumpuan pengundi daripada isu tekanan kos sara hidup yang meningkat, janji manifesto yang belum tertunai dan kelemahan yang ada pada calon PH itu sendiri.

Namun serangan terhadap PAS yang bertali-arus ini juga telah memasuki fasa keterlaluan atau “overkill”. Ini terbukti apabila ahli dan pendukung PAS tetap tidak memberikan undi kepada PH yang dianggotai Amanah, sebaliknya, ia menguatkan azam mereka untuk mengundi BN.

PH mengharapkan serangan bertali-arus terhadap hubungan PAS dengan Umno yang sering digelar sebagai “parti pencuri” akan menyebabkan kedua-dua parti saling menjauhkan diri.

Namun mereka tersilap kira.

Umno dan PAS yang pada mulanya kelihatan malu-malu untuk bertaut secara rasmi dalam 4 pilihan raya kecil sebelum Cameron Highlands, yang menyaksikan mereka tewas dengan teruk, kini mendapat petunjuk rasmi daripada rakyat daripada PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

Keputusan kedua-dua PRK itu telah menjawab was-was dalam hati mereka bahawa gabungan itu boleh menangani PH dan amat digeruni kerajaan baru itu.

Permainan politik PH semenjak berkuasa telah mewujudkan satu vakum yang memaksa Umno dan PAS duduk bersama. PH menyerang Umno dan PAS pada waktu yang sama. Ini menyebabkan PH dilihat sebagai musuh bersama.

Umno dan PAS tiada pilihan lain selain bertaut bersama kerana inilah sahaja caranya mereka boleh bertahan daripada dilemaskan oleh serangan PH yang jelas ingin menguburkan kedua-dua parti secepat mungkin agar mereka tidak dicabar dalam pilihan raya umum ke 15 kelak.

Kini, PH telah merasai padahnya apabila Umno dan PAS bergabung tenaga di Cameron Highlands dan Semenyih. Rantau akan menjadi medan pengesahan apakah padah ini akan terus berlarutan sehingga pilihan raya umum akan datang.

TIMMY SAY







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Tahniah dan syabas kepada parti Islam PAS dan parti UMNO kerana berkerjasama membela Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan membela Islam. RM90 juta punya pasal

      Padam
    2. Barua dedak roket ternakan abang besar kafir harbi suka menyebarkan fitnah RM90 juta untuk memburuk-burukkan parti Islam PAS dan UMNO. SPRM telah menyatakan dengan jelas bahawa tiada wang dari 1MDB berpindah ke akaun PAS.

      Ini jelas menunjukkan puak kafir harbi dan puak munafik liberal adalah pembohong yang sangat bangsat.

      Kita tahu barua dedak roket dan abang besar kafir harbi mahu umat Islam berpecah belah dan menjadi lemah supaya puak kafir harbi dan khadam liberal mereka boleh menindas agama Islam dan umat Islam.

      Sekarang umat Islam telah sedar bahawa selama ini mereka telah dikencing oleh puak kafir harbi dan khadam liberal. Maka pakatan kafir harbi-liberal akan lingkup dalam PRK dan PRU yang akan datang.

      Padam
  2. PH angkuh sombong.Tiada istilah dosa pahala dalm hidup.Fitnah menu utama tapi orang PAS tetap tidak percaya Anuwar liwat. Antara Anuwar dan Tun Mahathir, siapa PEMBOHONG?

    BalasPadam
  3. Pemimpin2 PAS yang menerima wang dan Najib yang di laporkan memberi wang RM90 juta kpd depa juga merasai padahnya apabila SPRM menyiasat sepenuh nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon dedak roket adalah di antara barua-barua terbodoh dan terbangang yang diternak oleh abang besar kafir harbi roket kerana dia masih cuba menfitnah PAS walaupun SPRM telah menyiasat dan membebaskan PAS dari fitnah RM90 juta.

      Padam