Header Ads

ads header

Flash News

Saiful Apek harap pengakhiran penuh barakah


KELIBAT pelawak dan pelakon terkenal Saiful Apek sejak tiga tahun lalu di acara keagamaan semakin mendapat tempat.

Bermula dari forum berskala kecil sehingga lah ke skala besar, Saiful digandingkan dengan para ustaz dan panelis terkenal.

Begitulah detik permulaannya dari dunia glamor kemudian perlahan-lahan meniti jambatan akhirat demi mencari keredhaan ALLAH SWT serta pengakhiran yang penuh berakah.

“Saya masih Saiful Apek yang sama. Bukanlah bermakna diundang ke program kerohanian saya mesti berdakwah.

“Cuma saya lebih berkongsi perihal kemanusiaan yang disulami elemen keagamaan daripada barisan panel ataupun ustaz yang hadir.

“Pada masa sama, saya diletakkan di situ sebagai pemanis untuk menarik orang awam bagi memenuhkan program berkenaan,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Sejak mendapat kemanisan dalam majlis ilmu seumpama itu, Saiful atau nama lengkap Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, berkata, keutamaan kini adalah bergiat aktif dalam kerja amal.

“Seronok rasanya saya berjumpa dengan para alim ulama. Kalau dulu orang kata artis dan ulama jauh, sekarang ini kami dapat bersama di atas pentas, dan malah kadang-kadang individu bangsa lain pun datang.

“Jadi, saya sendiri juga tidak menjangkakan undangan saban tahun berkembang dan penganjur tak berat untuk memanggil saya, ini kerana saya ringan mengalu-alukan jemputan sebegitu.

“Bukan sahaja di forum Islamik, tapi juga di program motivasi seperti di sekolah rendah dan menengah, termasuklah di sekolah khas orang kurang upaya.

“Bahkan ada masanya saya dijemput ke wad pediatrik untuk menceriakan hati mereka,” ujar Saiful.


Bercakap tentang kepuasan, menurut pelakon filem Jutawan Fakir ini, meski pernah menerima imbuhan besar bekerja sebagai pelakon, namun saguhati yang diterima dari undangan kerohanian lebih memuaskan.

“Biarlah tak kaya harta kerana kelak kita akan kaya dengan doa. Apabila sudah tiada di dunia ini masyarakat akan bercerita tentang kebaikan kita.

“Contoh terdekat adalah Seniman Agung Allahyarham Tan Seri P. Ramlee.

“Saya rasa itulah aset yang terbaik untuk diwasiatkan,” tuturnya.



Bagi Saiful, percaturan ALLAH itu manis kerana jalan yang dilalui hari ini tersusun rapi.

“Inilah masanya untuk memberikan laluan kepada mereka, kerana saya telah meninggalkan kesan memori indah pada zaman kanak-kanak sewaktu bersama kumpulan Senario.

“Mereka hargai nilai yang telah saya berikan.

“Kehadiran saya sebenarnya tak buat lawak pun, cuma mereka mahu lebih dekat dan kenal dengan bersalaman peluk serta bergambar,” katanya.

Tambah pelawak ‘Gitu-gitu Apek’ ini lagi, dia berharap menerusi komedi yang dibuat dapat menyatukan semua lapisan masyarakat.

“Realiti hari ini ramai yang bergaduh, kecam mengecam, berpecah belah. Oleh sebab itu, tugas saya untuk menyatukan mereka, tanpa mengira bangsa dan kaum serta parti apa pun.

“Saya akan buat mereka ketawa dan duduk bersama, cuma berapa lama saya bertahan itu persoalannya.

“Mungkin itu lah orang mengistilahkan saya sudah berhijrah. Sejujurnya, semua ini suratan kebetulan atas aturan ALLAH saya kini lebih ada masa yang tersusun,” akhirinya.


MR :  Semoga Allah berkati dengan pengakhiran yang baik insyaAllah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan