Header Ads

ads header

Flash News

Semoga Allah berkati roh Al Fadhil Ustaz Nor Azli Musa


Menerima berita Sahabatku Al Fadhil Ustaz Nor Azli Musa kembali ke Rahmatillah di Madinah pagi ini.

Satu kehilangan besar, namun aku redha pergi mu mendapatkan Redha dan Rahmat Tuhanmu .. sahabatku ..

Jenazah akan di kebumikan di Perkuburan Baqi’ selepas Zuhur (bergantung kepada proses urusan di sana)

Al Marhum adalah Presiden Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz). Beliau juga adalah seorang pejuang yang aktif bersama PAS Pusat melalui Lajnah Kebajikan PAS Pusat dan juga  ngo-ngo kebajikan.

Tentu sahaja bagi pihak PAS turut rasa kehilangan seorang pejuang yang tidak kenal erti lelah.

Saya mewakili seluruh warga PAS mendoakan semoga Allah swt mencucuri RahmatNya ke atas Ruh Al Marhum dan digolongkannya dari kalangan hambaNya yang soleh.

Takziah buat seluruh isi keluarganya. Sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

👇
Istimewanya Meninggal Dunia di Madinah..

Dalil mengenai keutamaan meninggal di kota Madinah. Dalam hadith dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنِ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَفْعَلْ، فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا

“Siapa yang boleh memilih mati di Madinah, maka lakukanlah. Kerana aku akan memberi syafaat bagi mereka yang mati di Madinah.” (HR. Ahmad 5437, Turmudzi 4296 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth)
.
Nasrudin Hassan

.......

Perkara ini disahkan oleh isteri beliau melalui status ringkas di laman facebook allahyarham.
“Suami saya Norazli B Musa meninggal malam tadi jam 12 lebih di Madinah AlMunawwarah. Mohon doa dari semua semoga ditempatkan bersama orang yang soleh.”
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamaruddin pula berkata pemergian allahyarham adalah istimewa kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya di bumi Madinah.
“Pagi ini medapat khabar sedih dari bumi Madinah Ustaz Norazli Musa ( Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, YDP PAS kawasan Ipoh Barat, Mantan Ketua Pemuda PAS Perak) telah menghembuskan nafas akhir pada jam 12.30 waktu Madinah. Semoga Allah mencucuri Rahmat dan Maghfirah keatasnya serta ditempatkan bersama para solihin dan Anbiya’.

Takziah kepada seluruh anggota keluarganya.
Istimewanya Meninggal Dunia di Madinah..Dalil mengenai keutamaan meninggal di kota Madinah. Dalam hadith dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Siapa yang boleh memilih mati di Madinah, maka lakukanlah. Kerana aku akan memberi syafaat bagi mereka yang mati di Madinah.” (HR. Ahmad 5437, Turmudzi 4296 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth)”

– Mohd Akmal Kamaruddin



MR :  Innalillah...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Inna lillah,dari Allah kiya datang,kepada Allah jua kita kembali.. Moga ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman, Insya Allah.

    BalasPadam