Header Ads

ads header

Flash News

Saiz Perkhidmatan Awam Bakal Dikecilkan, Bersyukurlah Pengundi PH


Saiz perkhidmatan awam serata dunia tidak sama disebabkan definisinya yang berbeza. Setiap negara mempunyai sistem politik, dasar awam dan persekitaran ekonominya tersendiri. Perbezaan ini menyukarkan lagi pakar ekonomi untuk membuat perbandingan dengan sewajarnya.

Jumlah penjawat awam di Malaysia seolah-olah “tinggi” kerana takrifnya yang meliputi sektor pertahanan dan ketenteraman (polis dan tentera), kesihatan dan pendidikan. Tidak semua negara mempunyai definisi yang komprehensif sepertimana Malaysia.

Statistik menunjukkan tenaga buruh Malaysia 14.8 juta daripada 31.8 juta penduduk Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 1.6 juta penjawat awam, atau lebih 10% daripada jumlah tenaga buruh negara.

Walaupun ada yang mengatakan 1.6 juta jumlah bilangan perjawatan dan bukannya 1.6 penjawat awam, impaknya adalah sama. Jadi, apakah maksud jumlah ini?

Menurut data terkini Bank Dunia, pada 2012, belanja emolumen perkhidmatan awam negara 24% adalah lebih tinggi berbanding negara dunia lain seperti Rusia (16%) dan Kazakhstan (7%) (sama KDNK per kapita dengan Malaysia).

Afrika Selatan (14%) dan Denmark 12% (sama KDNK dengan Malaysia), serta Poland (11%) dan Kanada sebanyak 12% (sama jumlah penduduk dengan Malaysia).

Untuk makluman, belanja emolumen perkhidmatan awam pada 2017 dianggarkan 29%, ataupun RM77.4 bilion daripada RM262.8 bilion anggaran perbelanjaan persekutuan.

Perbandingan sebegini lebih wajar berbanding saiz perkhidmatan awam itu sendiri. Secara tidak langsung ia juga menunjukkan belanja emolumen perkhidmatan awam Malaysia adalah lebih tinggi daripada negara setanding di seluruh dunia.

Data aku berikan ini adalah data lama, jika data sekarang dengan cara Pakatan Hancing memerintah memang Saiz Perkhidmatan Awam sangat membebankan kerajaan. Nak tak nak Pakatan Hancing kena buang pekerja. kalau PH buang kerja makna riwayat hidup PH makin pendek.


Oleh itu PH kena ada formula yang mana mereka buang pekerja tanpa disedari oleh rakyat atau rakyat boleh menerima formula pemulihan ekonomi PH dengan mengecilkan sektor awam.


Janji manifesto adalah janji palsu. 1 Jutaan pekerjaan adalah projek membodohkan rakyat. Tapi malang ada lagi dalam PH yang masih mengharap dan mendokong PH sehingga hari ini. Mereka ini 'kurang akal' dalam berfikir secara rasional dan kurang mampu menganalisis politik.

Seperti tersebar dan sejajar dengan arahan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses untuk mengurangkan saiz perkhidmatan pada tahun 2019 mengikut kadar peratusan berdasarkan tahun.

Peratusan ini adalah dari keseluruhan jumlah 1.62 juta kakitangan Awam. Pecahan mengikut tahun adalah seperti berikut

2019 - 1% bermakna 16,200 orang akan ditamatkan kontrak.
2020 - 2% bermakna 32,400 lagi akan dikurangkan.
2021 - 2% lagi bermakna 32,400 lagi akan dikurangkan.

Nisbah ini untuk 3 tahun awalan dari tahun 2019 hingga 2021. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 80,000 ribu orang untuk tempoh 3 tahun terawal.


Jangan rasa hairan nanti setiap hari akhbar akan memberikan data-data rasional kenapa perkhidmatan awam perlu dikecilkan. projek membodohkan rakyat dengan sumber maklumat dan data seolah-olah benar dan kajian-kajian U oleh prosefor yang dicucuk hidung akan menguasai pembaca.

Masa itu jika anda bodoh dan dibodohkan. Jangan salah orang lain kerana anda sendiri yang menaikan Pakatan hancing untuk memberikan ruang mereka kencing anda.

Aku berlepas diri daripada kebodohan ini.

Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89

MR :  tak ada siapa boleh berlepas diri dengan kencing dua tokoh utama si Anwar dan Mahathir.. kalau tak kena betul percikannya sudah memadai... ha ha


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: