Header Ads

ads header

Flash News

Polis buka kertas siasatan kes kenyataan Guan Eng


NIBONG TEBAL: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang didakwa berunsur hasutan mengenai kerjasama UMNO dengan PAS.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata siasatan sudah bermula sejak minggu lalu sebaik sahaja pihak polis menerima laporan pertama kes itu.

“Kita menerima sebanyak 58 laporan polis di seluruh negara berhubung kes itu dan ia akan disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Selatan, di sini, hari ini.

Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan merujuk kepada kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Ditanya sama ada Guan Eng bakal dipanggil bagi membantu siasatan pula, Mohamad Fuzi berkata, polis akan mengambil keterangan Setiausaha Agung DAP itu apabila tiba masanya.



Mohamad Fuzi pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara di IPD Seberang Selatan, di Nibong Tebal, hari ini. - NSTP/Danial Saad

“Sekiranya perlu, kita akan panggil beliau (Guan Eng) untuk diambil keterangan apabila tiba masanya.

“Berhubung dakwaan kita lambat mengambil tindakan, ia tidak tepat. Kita terus membuka kertas siasatan selepas menerima laporan polis,” katanya.

Minggu lalu, sebuah portal berita melaporkan kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dengan PAS sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ terhadap masyarakat bukan Melayu.

Kenyataan itu bagaimanapun kemudian ditukar dengan frasa ‘pengisytiharan perang’ diubah kepada ‘menyasarkan’.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan peguam salah seorang tertuduh kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, bahawa anak guamnya didera secara fizikal dan seksual ketika dalam tahanan di Sentul.

“Saya tidak mendapat lagi maklumat itu kerana belum dimaklumkan tetapi sekiranya ada dakwaan sedemikian, kita akan menjalankan siasatan. Saya akan berhubung dengan Ketua Polis Kuala Lumpur,” katanya.



MR :  Polis buka AG tutup... kena kencing juga


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan