Header Ads

ads header

Flash News

Surat kepada DAP seru terima Islam


APA lagi dengan marah dan kata nista terhadap Guan Eng yang sangka taawun PAS-Umno demi lancar ‘perang’ terhadap bukan Islam Malaysia dan Kor Meng yang sangka taawun itu demi membentuk pemerintahan Taliban kedua selepas Afghanistan.

Sangkaan kedua mereka menambah keduanya tidak diterima sebagai pemimpin Malaysia bila-bila masa selepas ini. Selayaknya mereka kekal jadi pemimpin DAP saja. Terlepas jadi menteri kewangan dan timbalan Speaker sekarang tidak melayakkan jadi negarawan yang diiktiraf semua.

Cukuplah dengan hukuman untuk mereka. Akan tetapi sekalipun Rom dan Parsi amat benci Islam semasa Rasulullah SAW diutus jadi Rasul dulu baginda meneruskan dakwah kepada pemerintahan bukan Islam yang berjiran dengan wilayah Islam Semenanjung Arab.

Baginda hantar misi ke wilayah tidak Islam itu termasuk Rom dan Parsi menyeru maharaja masing-masing menerima Islam. Tiada ugutan dikenakan kepada mereka, tetapi menyeru dan menasihatkan terimalah Islam.

Tidak seperti yang Nabi Sulaiman sampaikan kepada Ratu Balqis, terima Islam atau sedia dilanggar.

Mesej Rasulullah SAW itu mengandungi jaminan mereka selamat di dunia dan akhirat. Terampun dosa sepenuhnya. Jika enggan, tanggunglah dosa mereka sepenuhnya dan dosa sekalian rakyat masing-masing. Mereka berdosa dan rakyat masing-masing tidak terlepas dosa.

Apa salahnya sunnah Rasulullah SAW itu dihantar kepada pemimpin DAP, bukan justeru ugutan dan paksaan, sebaliknya sebagai nasihat dan sangka baik.

Jika ditolak bukan tidak apa, tapi tanggung teruslah dosa yang ada dan dosa sekalian penyokongnya.

Tidak dikira provokasi jika pimpinan PAS buat seruan itu. Lain-lain pimpinan dakwah seperti mufti wajar sampaikan, moga-moga dikira berbuat sunah Nabi SAW.

Seruan Rasulullah SAW itu ditolak oleh setengahnya termasuk maharaja Rom dan maharaja Parsi. Maharaja Rom tertarik peri benarnya seruan baginda. Dia pun percaya ia adalah seruan Rasul akhir zaman. Tetapi tidak dapat menerimanya kerana takut akan dibantah oleh para paderi dan rakyat.

Maharaja Parsi pula tidak sekadar menempelak perutusan baginda, malah mengoyaknya di depan utusan baginda.

Gara-gara penghinaan itu Rasulullah SAW memaklumkan kepada para sahabat, melalui wahyu yang diterimanya, takhta maharaja Parsi itu dikoyak oleh anaknya sendiri dalam satu rampasan kuasa. Anaknya menggantikannya dengan cara yang hina.

Demikian kebesaran Allah.

Ada pun empayar Rom, Rasulullah SAW tidak tunjuk sebarang reaksi atas penolakannya, tetapi wilayah takluk Rom di utara Afrika dan di selatan Eropah, kecuali Rom, satu demi satu jadi wilayah Islam.

Apa perlunya seruan itu dibuat terhadap DAP? Jawabnya ialah Rasulullah SAW pernah buat begitu kepada pembesar asing bagi memastikan seruan dakwah itu disampaikan. Lazimnya umat terdahulu tidak dibinasakan melainkan Allah utus rasul dulu.

Jangan terus kata DAP akan tolak seperti yang Rom dan Parsi lakukan. Guan Eng tidak terima kerana ia menafikan bukan Islam mencapai kekuasaan melalui demokrasi. Adalah benar pemerintah di wilayah Islam mestilah Islam dulu?

Tetapi Allah ada cara menjadikan musuh tegar Islam menjadi pemimpin besar Islam seperti Umar al-Khatab. Allah hidayatkan dia jadi Islam dan kemudiannya jadi khalifah besar yang disegani semua.

Jika DAP terima Islam dan Guan Eng jadi Islam, malah jadi 'panglima jihad' pula, tidak ada halangan Guan Eng jadi pemimpin umat Islam Malaysia.

Jika seruan seperti yang Rasulullah SAW itu tidak dicontohi, takut umat Islam nanti ditanya mengapa sunnah Nabi SAW itu diabaikan?

SUBKY LATIF


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Andaian jika DAP dan LGE masok Islam itu adalah tidak manasabah walaupon tidak mustahil Ungkapan sebegini saolah DAP sudah berkuasa mutlak sedangkan perkara ini dalam proses. Dulu LGE sudah disamakan saperti Omar Abdul Aziz dan sekarang perbandingan dengan Umar Al-Khattab .Zaman sekarang maklumat berkenaan Islam dan zaman dahulu jauh beza .LGE dan konco konco beliau sedia maklum tentang Islam apalagi hidup dengan dikelingi dgn kaum muslim saban hari sejak kecil lagi. Sudah sudah lah berhenti buat perbandingan dengan ikon Islam . Tidak boleh angkat .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat dakwah betul2. Maklumat yang sampai pada bukan islam hari ini banyak yang salah. Lebih2 lagi akhlak orang muslim itu sendiri yang menjelekkan islam di mata mereka. 80% dari dakwah nabi dan para sahabat kerana Akhlak mereka yang terpuji.

      Padam