Header Ads

ads header

Flash News

Tidak bercadang ambil tindakan undang-undang - Takiyuddin


KOTA BHARU: PAS tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyerang parti itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata fitnah dalam politik adalah perkara biasa.

“Sekiranya kita masih boleh pertimbangkan, kita akan jawab cara politik, tidak semestinya mengambil tindakan undang-undang.

“Bagaimanapun jika fitnah yang teruk, kita mungkin akan pertimbangkan tindakan berkenaan namun setakat ini belum ada lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat dan Surat Kepujian kepada 393 penerima itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, di Istana Balai Besar, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung gambar pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Datuk Seri Rameli Musa, Takiyuddin enggan mengulas lanjut.

“Kita tidak tahu perkara itu namun saya akan semak nanti. Gambar berkenaan kabur, nampak macam dia (Abdul Hadi) namun nampak juga bukan dia. Saya tidak boleh pastikan.

“Rameli memang kita kenal cuma kita tidak tahu dari segi yang dikaitkan itu memang tiada kaitan dengan kita.

“Malah Rameli juga kenal Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Pada masa sama, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memaklumkan pihaknya yakin mampu memperoleh banyak kemenangan pada PRK sekiranya terus bekerjasama dengan UMNO.

MR :  Jangan dilayan sangat makin layan makin membesar fitnah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Jumhur rakyat tidak ambil kisah soal benar atau fitnah, hatta dituduh PAS menerima 90 bilion atau 1.4 trillion sekalipun tetapi umat Islam mula merasa kepanasan akibat provokasi yang dimainkan oleh DAP dengan bantuan konco konco rahmatan alamin mereka.Rakyat dah kenal jenis silat atau kuntau PH walaupun belum cukup setahun

    BalasPadam