Header Ads

ads header

Flash News

Umno, PAS rasmi bermusyawarah di PWTC


Hari ini berlangsungnya pertemuan rasmi antara Umno dan PAS bagi membincangkan hala tuju dan garis panduan kerjasama dua parti terbesar Melayu itu.

Mesyuarat perundingan antara dua parti itu diadakan di ibu pejabat Umno iaitu di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Pihak PAS diketuai timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man, dan diiringi Ketua Dewan Ulama Mahfodz Mohamed, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Idris Ahmad, Ketua Pemuda Khalil Abdul Hadi dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki.

Umno pula diketuai Timbalan Presiden yang kini menjalankan tugas presiden Mohamad Hasan, beserta Setiausaha Agung Anuar Musa, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob dan Khaled Nordin, Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Wanita Noraini Ahmad.

Beberapa anggota Majlis Tertinggi turut hadir, antaranya Wan Rosdy Wan Ismail (menteri besar Pahang), Zambry Kadir dan Reezal Merican Naina Merican.

Kesemua mereka dilihat tiba di Menara Datuk onn sekitar jam tiga petang.

Pada penggal terdahulu, Umno dan PAS berkata mereka bekerjasama dalam soal membabitkan Melayu dan Islam. Ia dilihat bertambah erat selepas PRU ke-14, terutama dalam beberapa PRK yang diadakan.

Ketika kempen, jentera PAS turut turun padang dan beberapa pemimpin utamanya, termasuk Abdul Hadi Awang, hadir untuk berceramah.

Kerjasama itu dilihat membuahkan hasil apabila dua PRK terakhir, iaitu Cameron Highlands dan Semenyih, berpihak kepada BN.

Semalam, Setiausaha Agung BN Nazri Abdul Aziz membayangkan Umno sedang meninjau jalinan kerjasama yang "kekal" dengan PAS.



MR :  Dulu 2008 kata UMNO-PAS buat UG, berkat fitnah 10 tahun, maka rasmi PAS-UMNO berUG... apa nak kata lagi???


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Puak kafir harbi dan puak munafik liberal mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk memecah-belahkan umat Islam supaya agama Islam dan umat Islam menjadi sangat lemah dan boleh ditindas oleh puak kafir harbi dan khadam liberal mereka.

    Maka kita tidak terkejut melihat musuh Islam sibuk mencipta dan menyebarkan fitnah untuk menghasut rakyat membenci parti Islam PAS dan parti UMNO yang sedang berkerjasama untuk membela agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh musuh Islam.

    BalasPadam
  2. Sebaik baik penyatuan adalah kerana persaudaraan Islam yang diredho oleh Allah bukannya kerana politik,bangsa dsb. Dan yang mampu menyatukan hati hati manusia hanyalah Allah. Allah juga telah menyatakan dalam Ai Quraan.. Manusia tak akan mampu menyatukan setiap manusia walaupun mereka membelanjakan seluruh harta yang ada di mukabumi

    BalasPadam