Header Ads

ads header

Flash News

WhatsApp Mula Memerangi Pengguna WhatsApp Mod – Ini Adalah Cara Untuk Kembali Ke WhatsApp Asli


WhatsApp adalah aplikasi permesejan yang paling popular. Walaupun tidak mempunyai banyak ciri seakan Telegram, masih ramai lagi yang menggunakan WhatsApp kerana sudah biasa dengan aplikasi permesejan ini.



Sebagai alternatif, pengguna WhatsApp mula menggunakan WhatsApp dari pihak ketiga atau WhatsApp yang telah dimodifikasi. Aplikasi WhatsApp seperti ini mempunyai banyak ciri menarik, fungsi pengubahsuaian hebat, ciri sekuriti tambahan dan banyak lagi. Antara aplikasi pihak ketiga WhatsApp adalah; YoWhatsApp, GB WhatsApp, WhatsApp+ dan banyak lagi.

Baru-baru ini, WhatsApp telah kemaskini laman FAQ mereka, dengan menyatakan yang jika pengguna WhatsApp secara tiba-tiba tidak boleh menggunakan WhatsApp – ini bermakna akaun mereka disekat buat sementara. Untuk menggunakan kembali WhatsApp, pengguna perlu gunakan aplikasi WhatsApp yang rasmi.

Atas pengalaman saya sendiri yang pernah dihalang oleh WhatsApp selama 48 jam, anda mungkin tidak akan sempat membuat sandaran. Ini kerana aplikasi itu sendiri tidak boleh dibuka. Untuk membuat sandaran, anda hanya boleh menyalin data dari fail WhatsApp yang sudah disandar pada setiap 2 pagi. Jadi, sementara anda belum lagi disekat – mari ikuti langkah di bawah untuk membuat sandaran WhatsApp dengan selamat dan kembali ke WhatsApp asli.
Buka Tetapan



Ini adalah tetapan asas yang turut ada dalam aplikasi WhatsApp asli. Tekan butang tiga titik menegak > pilih ‘Settings’ > pilih ‘Chats’ > pilih ‘Chats backup’ > tekan ‘BACK UP’ sekurang-kurangnya dua kali.

Kebanyakan WhatsApp mod, sandaran kepada Google Drive tidak boleh digunakan
Sandaran Data WhatsApp

Buka aplikasi pengurus fail > Cari folder ‘WhatsApp’ atau nama folder dengan nama versi WhatsApp mod anda > Jika nama folder tersebut bukan ‘WhatsApp’, tukarkan ke nama ‘WhatsApp’ > buka folder dan cari folder ‘Databses’ > buka folder ‘Databases’ dan buat sandaran pada dua fail sandaran yang terkini, nama failnya adalah berdasarkan tarikh – cari dua yang terkini > buat sandaran dalam bentuk salinan atau compresskan keseluruhan folder dalam bentuk .zip.


Sandaran Media WhatsApp

Jika anda inginkan kesemua fail imej, audio, video, dokumen atau gif WhatsApp, buat sandaran kepada folder ‘Media’. Folder ini terdiam dalam dalam folder yang sama dengan folder ‘Databases’ tadi. Buat salinan keseluruhan folder atau compress sahaja folder ‘Media’ ini.
Log Keluar Akaun Google



Ini adalah perkara paling penting. Jika anda menggunakan WhatsApp mod, sandaran ke Google Drive kebiasaannya tidak boleh digunakan. Jadi jika anda mula kembali ke WhatsApp asli, sandaran WhatsApp yang dikembalikan adalah daripada sandaran terkahir 2 pagi sebelum anda menggunakan WhatsApp mod. Jadi dengan log keluar akaun Google – ia boleh mencari fail sandaran yang baru sahaja anda lakukan tadi.

Buka WhatsApp asli, sahkan nombor telefon dan tekan ‘Restore’. Disebabkan ia mengembalikan fail dari sandaran dalam peranti anda, ia akan mengambil masa kurang dari lima minit.

Beberapa tahun lepas, WhatsApp pernah menyekat dan menghalang seseorang pengguna yang menggunakan WhatsApp mod. Mereka dihalang dalam beberapa tempoh masa dan langsung tidak boleh gunakan perkhidmatan WhatsApp. Jadi dengan kemaskini FAQ WhatsApp yang terbaru ini, lebih baik anda terus gunakan sahaja WhatsApp asli – sebelum dihalang dan disekat.

AMANZ

MR :  Ini membuat aku malas nak guna whatsapp.. seronok lagi telegram


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan