Header Ads

ads header

Flash News

Calon PH nafi pengarah kempen ditahan kerana kain rentang provokasi


SEREMBAN: Calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil Rantau, Dr S Streram menafikan pengarah kempennya ditahan berkaitan pemasangan kain rentang provokasi mengandungi ungkapan berunsur perkauman di sini.

Ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu yang tersebar di sosial media, pakar bius itu menunjukkan pegawai terbabit, U Karunesh berada bersamanya.

“Beliau tidak ditahan, beliau ada bersama saya di sini,” katanya pada kempen bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim di Kampung Sagga, di sini, semalam. 


Streram yang juga timbalan ketua PKR Bahagian Rembau berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan lanjut.

Sementara itu, Karunesh menyifatkan dakwaan terhadapnya ialah cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkannya sebagai ahli perniagaan dan politik.

“Kawan-kawan saya hubungi saya tanya apa masalah, saya nak nafikan sekerasnya-kerasnya, janganlah buat fitnah. Buatlah (amalkan) politik sihat, nak bertanding, bertandinglah dengan baik, kalau ada bukti tunjukkan.”

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Rosli Ishak ketika dihubungi Bernama mengesahkan tiada sebarang tangkapan berhubung isu itu.


MR :  PH ni kalau nafi makna betul


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan