Header Ads

ads header

Flash News

Cerita Sayfol Shaffieudden rakyat Malaysia yang melancong di England



Sayfol Shaffieudden, adalah rakyat Malaysia yang sedang melancong ke England.
Suatu malam Sayfol masuk ke sebuah restoran  di London. Sebaik tiba, ia melihat seorang lelaki Afrika  kulit hitam dengan santai duduk sambil  membaca suratkhabar di sudut restoran.

"Pelayan!" teriaknya.
"Saya belanja semua orang di restoran ini,  kecuali orang kulit hitam Afrika di sana!"  ucapnya dengan lantang sambil menunjuk ke arah lelaki Afrika itu.

Pelayan mulai melayani semua orang  yang ada di restoran, kecuali lelaki Afrika tersebut. lelaki Afrika tersebut hanya melihat Sayfol Shaffieudden dan berkata, "Terima kasih!"
Ucapnya sambil mengangguk.

"Aik mengejek ek orang ni," fikirnya.

Syafol menuju bar: "pelayan! Minuman percuma untuk semua disini, kecuali orang Afrika yang duduk di sudut sana!"

Sekali lagi, bukannya marah, si Afrika hanya  tersenyum sambil mengangguk ia berkata, "Terima kasih."

Syafol, semakin marah dibuatnya. Ia memanggil si pelayan: "Apa dia itu gila?" Sambil menunjuk lelaki kulit hitam itu.
"Tidak, ia tidak gila" Pelayan itu tersenyum, "dia adalah pemilik restoran ini."

Syafol terkejut mendengar penjelasan si  pelayan dan merasa sangat malu.
Kerana malunya, ia terus keluar dan  melintas jalan. Tanpa Sayfol
sedar , sebuah kereta  yang dipandu laju tiba-tiba melanggarnya.pemandu Kereta itu tidak berhenti menolong Sayfol dan terus lari.

Para pelanggan restoran keluar ingin melihat apa yang terjadi kepada Sayfol.
Namun tak ada yang peduli dengan Sayfol.  Tidak seorang  pun dari semua yang telah  ia di belanja makan dan minum,membantunya.
Lelaki itu terkapar di jalan dan  hanya menjadi tontonan orang ramai.

Dengan segera lelaki kulit hitam kembali  ke restoran, menghidupkan keretanya dan  membawa si sombong ke hospital terdekat.
Setelah sedar, Sayfol bersusah payah,cuba bangkit dari katil dan ingin  meminta maaf.

Namun belum sempat terucap dari mulutnya,  si kulit hitam terus berkata, "sudahlah, aku  sudah memaafkan kau sejak awal."

Setelah dirawat beberapa hari, Sayfol telah  sembuh dan boleh pulang.
Namun Sayfol terpegun kerana bil hospital telah 'dibayar'.

"Siapa yang membayar ini semua?"
"Sahabat yang menemani tuan selama ini semasa dirawat disini ," jawab nurse bertugas.

Sayfol pun bergegas menuju restoran lelaki kulit  hitam.dia terus ke sudut restoran mencari lelaki kulit hitam itu , namun,  orang yang dicarinya tidak ada disitu.
"Dimana lelaki kulit hitam pemilik restoran  ini?"

Belum sempat si pelayan menjawab, muncul  seorang lelaki kulit hitam berpakaian kemas dari  belakang merapatinya,
"Saya pemilik restoran ini, ada apa ya Tuan?"

"Bukan kamu yang saya cari, saya mencari lelaki tua kulit hitam yang beberapa hari lalu  duduk di situ ,"

"Itu arwah ayah saya, dia baru saja meninggal 5 hari lalu dan sekarang saya adalah pemilik  restoran ini," jawab lelaki  muda itu.
"Sebelum meninggal dunia dia meninggalkan surat ini kepada Tuan ,"ucapnya sambil menghulurkan satu surat yang kemas bersampul.

Dengan rasa sedih bercampur kesal Sayfol Shaffieudden, membaca isi tersurat dan tersirat warkah itu.
Si lelaki Afrika kulit hitam tersebut menulis  untuknya :

"Tolong sampaikan pada sahabat-sahabat  anda yang menjadi pengundi  Rantau, pilih Tokmat  jadi wakil rakyat Dun Rantau" .


MR :  Walaupun Dr. Streram hitam tapi jangan pilih dia..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: