Header Ads

ads header

Flash News

Saya jumpa Hadi selepas menang jawatan timbalan presiden Umno, kata Tok Mat


SEREMBAN: Mohamad Hasan berkata, beliau menghubungi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebaik sahaja memenangi jawatan timbalan presiden Umno pada Jun 2018 bagi merencanakan penyatuan kedua-dua parti Melayu itu yang berpecah selepas pilihan raya umum yang lalu.

“Saya hubungi Abdul Hadi untuk berjumpa. Beliau kata tidak payah datang Rusila, biar kami turun ke Kuala Lumpur.

“Saya ingat beliau datang nak jumpa di tempat mana, tapi beliau cakap nak datang ke rumah saya. Beliau datang bersama Takiyuddin Hassan, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Saya kata kepada Abdul Hadi macam mana nak satukan orang Melayu kerana kita terlampau berpecah-belah. Kita rugi dan akan menjadi orang yang lemah. Saya kata ini wawasan saya dan saya diberi mandat dalam Umno.

“Pertama saya nak memperkasakan Umno dan kedua kami nak menyusun strategi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15,” katanya, menceritakan latar belakang yang membawa kepada muafakat politik antara PAS dan Umno.

Mohamad menambah, perpecahan 2 parti orang Melayu terbesar itu menyebabkan Pakatan Harapan (PH) menang mudah di 29 kerusi Parlimen, sekali gus membolehkannya menguasai Putrajaya.

“Kalau kita berunding elok, 29 kerusi ini kita tidak saja-saja bagi kepada PH.

“Banyak yang duduk dalam Parlimen dan Kabinet hari ini tidak patut menang, tetapi mereka menang kerana tidak ada kerjasama antara PAS dengan Umno,” katanya ketika berceramah di Kampung Ulu Lalang, Rantau, malam tadi.

Puji kesetiaan MCA

Dalam perkembangan lain, Mohamad turut memuji kesetiaan MCA yang kekal bersama BN walaupun ditekan pihak lawan supaya keluar daripada gabungan itu.

“Ini rakan kita sejak sebelum Merdeka. MCA sama-sama dengan kita sambut Merdeka. Ia ditekan banyak orang supaya keluar BN, tetapi saya ucap tahniah kepada Wee Ka Siong (presiden MCA) kerana masih bersama dengan kita.

“Memang dia (PH) nak pecah belahkan kita, memang dia suruh kita gaduh dalam BN, tetapi kemantapan kita bertiga (Umno, MCA dan MIC), menyebabkan ia tidak berlaku,” katanya.

Mohamad berkata, penyatuan kembali gabungan itu kini mempunyai misi yang berbeza dengan kerjasama sebelum Merdeka kerana ia mahu merampas kembali Putrajaya daripada PH.

“Kita bertiga boleh menang memerdekakan negara. Kita bertiga juga akan merampas semula kerajaan daripada PH,”katanya.

Turut hadir dalam ceramah bagi membantu kempen Mohamad dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang sedang berlangsung itu ialah ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; presiden MCA, Wee Ka Siong, serta pemimin PAS Negeri Sembilan.

PRK DUN Rantau ditetapkan pada 13 April depan. Mohamad berdepan cabaran calon PH, Dr S Streram dan 2 calon Bebas, iaitu Malar Rajaram dan Mohd Nor Yassin.
MR :  Siapa yang memulakan perpaduan Islam dan Melayu dia pasti mendapat manafaat di sisi Allah... Insya-Allah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan