Header Ads

ads header

Flash News

EU tolak keputusan Trump iktiraf Israel di Golan Heights


Kesatuan Eropah (EU) menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Golan Heights di Syria, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Federica Mogherini pada Ahad.

Bercakap di sidang kemuncak ke-30 Liga Arab yang berlangsung di Tunis, Mogherini berkata keputusan AS adalah bercanggah dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menganggap Golan Heights adalah sebuah wilayah Syria yang diduduki Israel.

"EU kini berusaha mencapai satu penyelesaian politik bagi krisis itu yang selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB," katanya sambil menambah bahawa satu penyelesaian politik adalah satu-satunya jalan ke arah mencapai keamanan bagi menghentikan konflik di Syria dan memastikan kepentingan semua pihak.

Mengulas situasi di Yaman, Mogherini berkata semua pihak bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menyokong negara itu bukan sahaja dari segi bantuan kemanusiaan malah membantu ia melaksanakan Perjanjian Stockholm bagi mengeluarkan negara itu daripada krisis yang dihadapinya.

Menyentuh isu Libya, pegawai EU menegaskan bahawa adalah penting untuk memastikan perpaduan nasional Libya dan institusinya.

Sidang kemuncak itu menghimpunkan kebanyakan pemimpin negara anggota Liga Arab serta wakil PBB, EU dan Kesatuan Afrika dalam usaha mencari titik persamaan bagi menentang dasar AS terhadap Syria dan bandar suci Baitulmaqdis yang menjadi pertikaian.

- Bernama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan