Header Ads

ads header

Flash News

Exco lebih utuh lepas audio tular kritik MB, kata Asmuni


IPOH, 22 April — Rakaman audio tular mengkritik Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang turut dikaitkan dengan seorang Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak sesekali melemah atau memecah-belahkan barisan kepimpinan negeri.

Sebaliknya, rakaman yang tular itu menguatkan lagi hubungan dalam kalangan sepuluh Exco kerajaan negeri sebagai sebuah keluarga demi kepentingan rakyat Perak khasnya, demikian pengakuan Exco kanan Asmuni Awi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan itu, semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) serta kepimpinan parti masing-masing berdiri teguh serta menyokong padu kepimpinan menteri besar.

“Bagi menjawab semua keraguan tersebut kami dengan ini menzahirkan sokongan penuh tidak berbelah-bahagi terhadap kepimpinan menteri besar sebagai ketua dan pemimpin PH negeri Perak dan sebagai menteri besar yang mengetui kerajaan PH negeri Perak,” katanya.

Asmuni (Amanah-Manjoi) bercakap dalam sidang media yang turut dihadiri sembilan lagi Exco di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Selain itu, Asmuni memberi jaminan pihaknya berjanji untuk meletakkan agenda rakyat sebagai keutamaan demi memastikan peningkatan taraf ekonomi dan kesejahteraan Perak seluruhnya.

Mengenai rakaman audio yang tular sejak Rabu lepas, Asmuni menyifatkan ia sebagai satu perbuatan dan propaganda ‘pecah dan perintah’ serta iri hati terhadap kepimpinan kerajaan PH negeri Perak.

Komposisi DUN Perak ketika ini terdiri daripada PH dengan 30 kerusi masing-masing 18 oleh DAP; Amanah (enam); PKR (empat) dan Bersatu (dua) manakala Barisan Nasional (25), PAS (tiga) serta Bebas (satu). — Bernama
MR :  Dengar cakap pimpinan parti pengkhianat AMANAH, babi pun boleh terbang.. Semuanya baik belaka.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Kah kah,,,dah tular keritikan mcmtu pun nak nafi lagi. Dalam ph, berhimpun segala mcm binatang buas dan ganas. Harimau,singa ,serigala,biawak kabok dll. Tunggu masa nak bertokak sesama sendiri. Betullah,,,kerajaan yg terbina hasil fitnah takkan bertahan lama. ..pru 15,,,rakyat akan humban ph ke kandang2 babi dap. Kerajaan ph buat la apa sahaja,,,rakyat hanya diam dan protes senyap2. Sampai masa,,,,mereka bertindak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beruk takde ke. Macam zoo pulak.

      Padam