Header Ads

ads header

Flash News

Najib: Kontraktor ECRL dapat tanah sekitar stesen kereta api?


PETALING JAYA: Najib Razak mengajukan 2 soalan berkaitan dengan penyambungan semula projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Bekas perdana menteri itu mahu tahu:

* Adakah syarikat China yang dianugerahkan projek ECRL mendapat pengecualian SST daripada kerajaan PH, seperti yang diberi kepada syarikat yang membina landasan berkembar Gemas ke Johor Bahru pada suku ke-4 tahun lepas.

* Adakah benar ada “perjanjian sampingan” dengan syarikat China, seperti didakwa dokumen yang tular dalam beberapa hari ini, di mana syarikat itu diberi tanah beribu-ribu ekar untuk membangunkan projek di sekitar stesen-stesen ECRL.

Dalam satu catatan di Facebook, Najib “berterima kasih” kepada kerajaan PH kerana membuktikan kos projek ECRL bukan serendah RM29 bilion – angka yang sebelum ini disebutkan Tony Pua dari DAP, Sarawak Report dan media antarabangsa.

Beliau juga meminta orang ramai supaya menilai kewajaran keputusan pentadbirannya untuk mempercepatkan pembinaan ECRL.

“Adakah rakyat mahu ECRL hanya siap pada 2034 ataupun pada 2022 seperti apa yang diputuskan BN?

“Adakah adil untuk negeri-negeri pantai timur menunggu hingga 18 tahun lagi untuk menikmati pembangunan dan limpahan ekonomi seumpama ini?

“Berapakah jumlah peluang pekerjaan, nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar dan impak limpahan ekonomi yang akan terlepas dalam tempoh itu?” katanya.

Beliau percaya mempercepatkan projek itu akan matlamat merapatkan perkembangan ekonomi antara pantai timur dan pantai barat Semenanjung boleh dicapai secepat mungkin.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan projek ECRL akan diteruskan, dengan kos pembinaan Fasa 1 dan Fasa 2 sebanyak RM44 bilion berbanding RM65.5 bilion sebelum ini.

MR :  Sedar tak sedar PH juga pengkhianat rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan