Header Ads

ads header

Flash News

Khalid nafi wujud nepotisme dalam Kementerian Wilayah


PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menafikan wujudnya nepotisme dalam kementeriannya, mengatakan lantikan anak lelakinya sebagai pekerja di Parlimen adalah lantikan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, tiada ahli keluarga termasuk menantu lelaki yang bekerja dalam kementeriannya.

“Menantu lelaki saya, seorang itu pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seorang lagi yang berkahwin dengan anak bongsu saya, seorang ahli perniagaan,” katanya dalam satu sidang media khas selepas setahun beliau menjadi menteri dalam kerajaan PH.

Sebelum itu, Khalid berkata di bawah pentadbirannya, Kementerian Wilayah Persekutuan berjaya menjimatkan dana awam sebanyak RM481 juta hasil daripada semakan semula kira-kira 97 urus niaga tanah meragukan yang diluluskan ketika pentadbiran lalu.

Beliau berkata penjimatan itu disifatkan antara kejayaan yang dicapai kementeriannya dalam tempoh hampir setahun pemerintahan PH.

“Antara langkah awal yang dilakukan apabila menjadi kerajaan apabila mengkaji semula 97 urus niaga transaksi tanah.

“Kita juga tubuhkan jawatankuasa khas bagi menyemak semula urus niaga ini di peringkat kementerian,” katanya.

Khalid berkata daripada 97 transaksi tanah itu, 43 didapati tidak masalah, 14 dibatalkan, 15 dirunding semula dan 5 melibatkan penyelesaian luar mahkamah.

“Daripada 15 transaksi dirunding semula kita dapat tambah pendapatan DBKL sebanyak RM149 juta dan RM6 juta dalam bentuk komitmen CSR,” katanya merujuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Beliau berkata dengan pembatalan 14 urus niaga tersebut, DBKL memperolehi semula 53 ekar tanah bernilai RM47 juta.

“Penjimatan yang kita dapat sebanyak RM160 juta jika asal nilai tanah yang mahu dijual hanya RM310 juta.

“Kita berjaya untuk laksanakan potensi penjimatan dan kurangkan kerugian daripada rundingan ini,” katanya.

Selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), PH membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menjalankan siasatan terhadap penjualan 64 lot tanah yang dibuat DBKL pada 2014 hingga 2018.

Pada November lalu, bekas menteri Wilayah Persekutuan yang juga ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan SPRM.

Beliau didakwa berhubung siasatan termasuk 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas lebih 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.


Khalid berkata, pihaknya menyerahkan kepada SPRM berhubung siasatan penyelewengan transaksi tanah yang dibuat DBKL.

“SPRM datang ambil fail, beberapa kakitangan, pegawai dan pengurusan telah dipanggil.

“Kita ambil maklum siasatan itu dan apa jua kes rasuah dan jenayah yang berlaku yang lepas (kerajaan BN), ia tak terselamat dengan adanya perjanjian dan projek baru, walaupun dah buat rundingan semula,” katanya.

Tubuh Mesyuarat Majlis Menteri


Khalid berkata antara kejayaan besar lain yang dicapai kementeriannya dalam setahun pentadbiran adalah mewujudkan Mesyuarat Majlis Menteri yang diwakili 11 ahli Parlimen Kuala Lumpur.

Beliau berkata Mesyuarat Majlis Menteri hampir mendekati konsep pilihan raya kerajaan tempatan.

“Di peringkat DBKL, 11 ahli Parlimen akan duduk bersama tentukan dasar dan polisi untuk pembanguan Kuala Lumpur.

“Akan mesyuarat sekali dalam 2 bulan mengikut keperluan. Secara umum tiap 2 bulan ada majlis menteri di situ bincang polisi dasar dan hala tuju DBKL,” katanya.

Warta pelan pembangunan KL

Khalid berkata Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 (Pelan KL 2020) dilakukan pada Oktober 2018 dan merupakan pertama kali dilakukan DBKL.

Katanya, langkah itu bagi mengawal pembangunan Kuala Lumpur agar selari dengan Pelan Struktur KL 2020 yang telah digazetkan.

“Persiapan dan kerja-kerja perundingam sedang dijalankan untuk menyiapkan Pelan KL 2040 dan selepas itu akan diwartakan menjelang akhir tahun 2020,” katanya.

RM20 juta untuk kenderaan awam

Khalid berkata, DBKL membelanjakan RM20 juta tahun ini bagi menyelenggara 6 laluan bas percuma GOKL yang bertujuan mengalakkan pengguna jalan raya di KL menggunakan kenderaan awam.

Program kebajikan B40

Khalid berkata beliau juga akan meningkatkan program kebajikan, khasnya dalam kalangan miskin bandar di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata ini bertujuan membantu golongan B40 yang tinggal di flat, Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam (PA) di ibu negara.

“Antara program yang dibengkelkan dan akan dilaksanakan adalah klinik bergerak, van wilayah, pusat jagaan orang tua di PPR atau PA dan lain-lain lagi,” katanya.

5 perkara gagal dilaksanakan


Dalam pada itu, Khalid berkata antara perkara yang tidak dapat dilakukannya pada tahun ini adalah projek Taman Rimba Kiara.

Beliau berkata projek ini tidak dapat diselesaikan setelah mendapat bantahan daripada persatuan penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

“Ini merupakan satu projek asalnya, pentadbiran lama berikan tanah sebanyak 12 ekar di kawasan Taman Rimba Kiara dan dalam 4 ekar itu ada rumah panjang.

“Dicadangkan untuk bangunkan 8 blok kondominium mewah dan 1 blok rumah mampu milik,” katanya.

Khalid berkata setelah mendengar rungutan daripada persatuan itu, beliau berunding dengan pemaju dan setuju untuk kurangkan dari 8 blok kepada 4 blok saja untuk kondominium mewah.

“Satu blok pangsapuri mampu milik akan dikekalkan dan dibekalkan kepada penduduk rumah panjang seperti mana dipersetujui dan daripada 12 ekar saya dah dapat persetujuan mereka kurangkan kepada hanya 8 ekar dan kembalikan 4 ekar,” katanya.

Beliau berkata ini satu tindakan terbaik dapat dilakukannya tetapi masih lagi dalam rundingan dengan persatuan penduduk TTDI.

“Saya nak selesaikan tahun ini juga kerana penduduk rumah panjang dah tunggu 36 tahun,” katanya.

Berhubung pembangunan Bukit Federal (Federal Hill), katanya, satu perjanjian ditandatangi pentadbiran lama, di mana pihak Kementerian Kesihatan meminta syarikat SP Setia membina 1 pusat rawatan dan kesihatan yang canggih dan besar di Setia Alam.

Katanya, sebagai gantian, SP Setia diberi tanah Federal Hill seluas lebih 50 ekar.

“Untuk dibangunkan, penduduk di Bangsar tidak setuju dan meminta supaya pembangunan tidak dibenarkan.

“Ianya merupakan satu perkara mustahil untuk saya lakukan kerana pihak SP Setia telahpun sediakan pusat perkhidmatan dan kesihatannya yang sedang diguna pakai di Setia Alam,” katanya.

Selain itu, Khalid berkata masalah penyelesaian kesesakan lalu lintas di KL tidak sempat dilaksanakan lagi.

Katanya, pelantikan perunding untuk tangani kesesakan lalu lintas di KL hanya dapat dilakukan pada Ogos tahun ini.

“Harapan lain di Putrajaya, kita harap akan bina laluan monorail dan menyediakan perkhidmatan bas lebih baik. Ini belum sempat lakukan.

“Di Labuan, untuk bina jambatan, terminal feri pun tak dapat lakukan tahun ini. InshAllah akan lakukan tahun depan,” katanya.

Kerajaan cadang beli tanah Kampung Baru

Khalid berkata kerajaan persekutuan sedang mencari jalan untuk membeli tanah-tanah sedia ada di Kampung Baru bagi tujuan penempatan Melayu di Kuala Lumpur.

Beliau berkata pembelian tanah tersebut bagi memastikan pembangunan semula yang lebih teratur dan menyeluruh di kawasan segi 3 emas itu.

“Ini sekali gus dapat mengelakkan pemilik tanah Kampung Baru menjualnya secara langsung kepada pemaju hartanah, khusunya bukan Melayu dan memastikan kawasan penempatan itu kekal sebagai tanah rizab Melayu.

“Sekiranya semua orang mahu tunai, dan tiada siapa yang mahu pangsapuri (sebagai pertukaran untuk tanah mereka) ini merupakan senario terburuk yang mungkin (perlukan) antara RM6 hingga RM10 bilion,” katanya.

Akhbar Wilayahku

Khalid berkata kos operasi untuk akhbar Wilayahku diperuntukkan sebanyak RM1 juta setahun.

Katanya, pihaknya berharap ada syarikat dan peniaga sanggup buat pengiklanan dan dapat mengurangkan kos pembiayaannya.

“Saya rasa Wilayahku dengan Selangorkini, perbelanjaan Selangorkini jauh lebih banyak tetapi bila keluar Wilayahku, macam-macam komen.

“Selangorkini jalan macam biasa,” katanya sambil menjelaskan gaji yang dibayar untuk pekerja yang terlibat dengan akhbar Wilayahku dibayar mengikut gaji pasaran.

MR :  M engikut sumber sah daripada Zul Sulong, penerbitan akhbar Wilayahku adalah semata-mata untuk mengambil baget kerajaan untuk akhbar AMANAH yang banyak tahun terpaksa ditanggung oleh Khalid Samad sendiri kerana Khalid adalah penasihat akhbar AMANAH. Akhbar AMANAH tak boleh mati kerana akhbar itu selain nak bunuh akhbar Harakah.. juga untuk tampung kehidupan kakitangan harakah yang belot daripada harakah.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. masa jadi pembangkang menuduh jadi kerajaan menafikan itulah kahalid .

    BalasPadam