Header Ads

ads header

Flash News

Isu berlian merah jambu: Minta maaf pada rakyat, bukan saya, kata Rosmah


KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor mahu pihak yang memfitnahnya atas isu pembelian berlian merah jambu memohon maaf kepada rakyat, susulan kenyataan seorang timbalan menteri di Dewan Rakyat, tiada pembelian batu permata 22 karat itu yang dikaitkan dengannya.

“Ada orang yang datang minta maaf, saya maafkan. Tetapi, apa yang mustahak minta maaf kepada rakyat kerana mereka percayakan fitnah-fitnah yang disebarkan kepada saya.

“Ini baru salah satu saja. Saya sabar, saya reda, saya faham suami saya merupakan seorang pemimpin negara. Jadi, kalau apa yang dia alami, saya pun terpaksa alami kerana saya isteri dia.

“Saya sabar demi kesejahteraan rakyat, demi kesejahteraan negara. Saya akan hadapi apa saja dugaan yang Allah bagi pada saya,” katanya kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah memberitahu Dewan Rakyat, ejen jualan yang membawa masuk berlian merah jambu untuk “isteri seorang VVIP” membuat perisytiharan kepada kastam dan tindakan sama turut dilakukan ketika beliau membawa batu permata itu keluar dari Malaysia.

“Tak berlaku pembelian setelah dibawa oleh ejen,” kata Amiruddin.

Rosmah berkata, rakyat memilih untuk mempercayai berita palsu yang lebih sensasi berbanding penjelasannya.

Isteri bekas perdana menteri itu mendakwa pihak tertentu mengaitkannya dengan berlian merah jambu itu untuk dijadikan bahan kempen pilihan raya.

“Sudah dijelaskan, walaupun sudah 2 tahun berlalu, masih ada yang bangkitkan. Rakyat memilih percaya kepada semua pembohongan, berita tidak benar yang memburukkan saya dan suami.

“Kita terpaksa laluinya dan malangnya kini rakyat menderita kerana ini. Kerana anda semua memilih untuk percaya pembohongan, kerana bohong itu lebih menarik dan berperisa.

“Walau apapun, saya gembira dan bersyukur kepada Allah.”

MR :  Memaafkan adalah sifat baik. PH sikit-sikit saman.. 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan