Header Ads

ads header

Flash News

Janji Ekonomi PH gagal hanya 30% sahaja kata pemikir


PETALING JAYA: Sebuah badan pemikir berkata, Pakatan Harapan hanya mampu menunaikan 29% janji ekonomi dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 dilaksanakan selepas hampir setahun mentadbir negara, tetapi ada sesetengah janji bersasaran tinggi masih di tahap membimbangkan.

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) menerusi Projek Pantau dengan kerjasama badan bukan kerajaan dan sebuah kumpulan pemantau manifesto PH, Harapan Tracker, untuk menilai prestasi kerajaan baru berkata, antara janji ekonomi yang sudah dicapai atau sedang dilaksanakan ialah pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan GST.

“Kerajaan seharusnya mengekalkan usaha ini dan memastikan kejayaan mereka disampaikan kepada orang awam,” kata eksekutif Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Ideas, Faiz Zaidi dalam satu kenyataan hari ini.

Ideas berkata, hanya 6% daripada 192 janji kecil dalam manifesto PH mencapai kejayaan, manakala 22% sedang dilaksanakan, 15% bermasalah, 0.5% gagal dan 38% belum mula dilaksanakan.

Bagi janji kecil kos sara hidup, hanya 5% berjaya dilaksanakan, 18% sedang dilaksanakan, 16% bermasalah dan 23% belum bermula.

Bagi janji kecil reformasi politik pula, hanya 2% mencapai kejayaan, 8% dalam kemajuan, 3% bermasalah dan 6% belum dimulakan.

Untuk janji kecil ekonomi, 4% berjaya dilaksanakan berbanding 1% kegagalan, 17% dalam pelaksanaan, 9% bermasalah dan 44% belum bermula.

Katanya, antara janji di tahap membimbangkan ialah pengurangan kos sara hidup tinggi yang memfokuskan langkah jangka pendek seperti subsidi dan kawalan harga, tetapi bukannya pembaharuan holistik untuk mengurangkan harga lebih mapan.

Ideas bimbang dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dinamakan Bantuan Sara Hidup tidak diletakkan di bawah kawal selia badan berkanun untuk mengurangkan risiko penyalahgunaan dan peningkatan belanjawan untuk kesihatan masih di tahap rendah berbanding sasaran 4% daripada keluaran dalam negara kasar.

Badan pemikir itu turut mendapati tiada komitmen penuh dan strategi jelas untuk mereformasi syarikat berkaitan kerajaan bagi memastikan GLC tidak bersaing dengan syarikat swasta.

“Walaupun pelaburan dan perdagangan semakin meningkat, kerajaan telah menghentikan proses ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan prospek untuk perjanjian perdagangan bebas Kesatuan Eropah juga semakin berkurangan.

“Ini telah menyebabkan kerisauan pelbagai pihak terhadap kerajaan untuk memacu polisi dan hala tuju lebih jelas untuk perdagangan dan industri di Malaysia.

“Dalam hal ini, kami berharap kerajaan dapat mengubah pendekatan mereka bagi memastikan setiap matlamat dalam manifesto mereka dapat dicapai,” kata Faiz.

Ideas berkata, 3 perkara utama yang tidak mempunyai hasil ketara ialah tiada pendekatan komprehensif menyelesaikan isu Orang Asli, termasuk hak pemilikan tanah dan pendidikan, serta tiada hala tuju dan skop reformasi jelas dalam percukaian, walaupun Jawatankuasa Reformasi Cukai ditubuhkan.

“Kerajaan perlu mengimbangi persaingan keperluan dalam meningkatkan keuntungan tambahan untuk membiayai perkhidmatan awam dan menepati janji mereka untuk mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan.

“Walaupun kerajaan telah memperuntukkan sumber kewangan untuk menyokong IKS dalam bentuk pinjaman, ianya tidak memperlihatkan kerajaan akan menyemak dan mengurangkan bebanan peraturan terhadap IKS.”

Ideas menyarankan Putrajaya menyampaikan maklumat kepada rakyat lebih strategik dan teratur.

“Ini penting bukan sahaja untuk menunjukkan apa yang telah mereka capai, tetapi negara demokrasi matang seperti Malaysia perlu mempunyai masyarakat berpengetahuan yang mampu menaikkan perbincangan mengenai politik ke tahap lebih tinggi.”

PH melancarkan manifesto PRU14 pada 2018, yang menjanjikan 10 perkara termasuk meringankan beban rakyat dalam 100 hari pertama pentadbirannya.

Tiga perkara utama untuk meringankan beban hidup rakyat ialah menghapuskan GST, menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan subsidi petrol bersasar semula serta menyelaras dan menaikkan gaji minimum di seluruh negara.

PH turut berjanji menubuhkan suruhanjaya dan jawatankuasa menyiasat serta menangani isu kontroversi, termasuk 1MDB dan Perjanjian Malaysia 1963.

MR :  Tak sampai 40 % kira teruk prestasi PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Ideas berkata, hanya 6% daripada 192 janji kecil dalam manifesto PH mencapai kejayaan, manakala 22% sedang dilaksanakan, 15% bermasalah, 0.5% gagal dan 38% belum mula dilaksanakan.

    Fakta:

    Jika hanya 6% daripada 192 janji dalam manifesto PH mencapai kejayaan, bukankah ini bererti 94% daripada 192 janji PH telah gagal atau sedang gagal atau sedang menuju ke arah kegagalan atau gagal dilaksanakan oleh PH ???

    Jika nak mengampu PH pun agak-agaklah sebab rakyat telah dikencing oleh PH !!!

    BalasPadam