Header Ads

ads header

Flash News

Jajaran ECRL berubah, mungkin lalu Rantau – Guan Eng


SEREMBAN: PROJEK Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diubah laluannya supaya melintasi Negeri Sembilan, kata Lim Guan Eng kepada pengundi Rantau malam tadi.

Lim Guan Eng memberitahu Negeri Sembilan akan mendapat faedah sekiranya projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) diteruskan.

“Kalau projek ECRL ini boleh diturunkan harga lagi RM10 bilion akan ada berita baik bukan untuk negara tetapi untuk rakyat Negeri Sembilan.

“Saya sebut Negeri Sembilan kerana kalau projek berjalan jajaran akan berubah. Ini bagus untuk Negeri Sembilan.

“Pihak media jangan tanya lebih lanjut, saya tidak boleh cakap. Tetapi ini satu berita sangat baik untuk Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap pada Ceramah Pakatan Harapan (PH) bersama calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram di Kuala Sawah di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, ketika ditanya lebih lanjut selepas selesai berceramah, beliau hanya meletakkan jari di bibir sebagai isyarat enggan mengulas lanjut sebelum meninggalkan majlis. - BH/TMI/AbuLeman



Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung perubahan jajaran projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bakal memberi faedah kepada Negeri Sembilan.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN menjelaskan, kenyataan Guan Eng semasa kempen PRK Rantau sedang berlangsung dirasakannya sebagai melanggar peraturan pilihan raya, namun beliau menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menilai.

“Projek ini banyak diperkatakan dan menteri-menteri berkaitan juga telah buat kenyataan. Ada yang katakan dibatalkan ada pula kata masih dikaji, macam-macam.

“Teapi menyatakan semasa PRK ini saya rasa menyalahi peraturan pilihan raya. Terpulang kepada pihak SPR untuk menilai sama ada merupakan satu kesalahan peraturan pilihan raya ataupun tidak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Eng ketika berucap dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) di Kuala Sawah, Rantau, malam semalam memberitahu, Negeri Sembilan akan turut mendapat faedah sekiranya projek ECRL diteruskan.

Tambahnya, jika ECRL berjalan dengan kos yang lebih rendah, jajarannya akan berubah dan ia bagus untuk Negeri Sembilan.

Sementara itu, Mohamad secara berjenaka ingin tahu sama ada jajaran ECRL itu akan melalui kawasan Rantau atau tidak.

“Sampai ke Rantau? kenapa tak kata sampai ke Kuala Sawah, ada satu Kampung Stesen, elok berhenti di situ,” katanya. - UO



MR :  Politik untuk menipu rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Mantri Pakatan Tiada Harapan berjanji kononnya PROJEK Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diubah laluannya supaya melintasi Negeri Sembilan (di waktu PRK Rantau kelihatan berpihak kepada BN UMNO yang disokong PAS).

    Mantri Pakatan Tiada Harapan mungkin juga akan berjanji konon PROJEK Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diubah laluannya supaya melintasi Laut China Selatan ke Sarawak pula jika PRK berlaku di Sarawak ????

    Cukup-cukuplah Pakatan Tiada Harapan kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu!

    BalasPadam
  2. Wah senangnya nak tukar plan lalaun. Macam la bapak dia yg buat plan tu

    BalasPadam