Header Ads

ads header

Flash News

Sejarah logo Darlie dan perkaitan antara Darlie dengan Colgate


Darlie merupakan jenama ubat gigi yang dikeluarkan oleh syarikat Hawley & Hazel dan berpengkalan di Shanghai sejak 1933. Sebelum bertukar nama, ianya dikenali sebagai "Darkie".

Perkataan "Darkie" sangat popular di Amerika dan eropah, yang merujuk kepada kaum berkulit hitam. Ini menimbulkan ketegangan orang kulit hitam pada masa itu, kerana beranggapan ianya mengandungi unsur perkauman. Sehinggalah nama "Darkie" diubah kepada "Darlie".



Bukan itu saja, malah logo orang berkulit hitam pada kotak juga turut ditukar kepada logo yang lebih sopan. Hakikatnya, nama "Darlie" itu sendiri membawa maksud "black person" dalam bahasa cina.

Anda boleh google perkataan Darlie dan terjemahkan kepada bahasa cina. Walau apa pun maksud yang tersirat, jenama Darlie turut menjadi antara jenama ubat gigi terkenal di Malaysia. Mereka bersaing dengan satu lagi nama besar Colgate.

Sungguhpun mereka bersaing, namun kedua-dua nama besar ini adalah dibawah satu naungan, setelah syarikat Hawley & Hazel menjual 50 peratus sahamnya kepada syarikat Colgate-Palmolives pada 1990.



Setelah perubahan nama dan logo, ubat gigi tersebut melabarkan pasaran ke beberapa negara Asia, termasuk Singapura, Malaysia dan Thailand dimana nama dan logo mereka dianggap tidak lagi ofensif. Colgate-Palmolives mengumumkan bahawa produk mereka tidak akan dijual diluar asia.

Pada 1989, produk mereka telah masuk ke pasaran Taiwan 75%, Singapura 50%, dan 30% lagi di Malaysia.



Jadi, usahlah anda berdebat dengan isteri anda mengenai jenama ubat gigi mana yang lebih baik. Realitinya, mereka datang dari kilang yang sama, cuma berbeza dari segi branding dan packaging sahaja.

Mujurlah Darlie menukar kepada logo yang lebih ceria, jika tidak, mungkin ia menghantui anak-anak anda untuk masuk ke tandas. Mana tidaknya, anda nilailah sendiri logo mereka yang sebelumnya.

Sumber LINK

MR :  Yang paling lucu ada yang sebar ubat gigi colgate ada lemak babi syor beli darlie.. Kalau kita buta maklumat kita akan diperbodohkan macam sekarang PH sedang memperbodohkan rakyat dengan pelbagai fakta bohong.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan