Header Ads

ads header

Flash News

Persoalan Yang Perlu Rakyat Tahu mengenai "kencing Tabung Haji"


》Mengapakah TH hanya mengagihkanRM913 juta sahaja kepada pendeposit sedangkan mereka mengumumkan keuntungan boleh agih bagi tahun kewangan 2018 sebanyak RM2 bilion?

》Ke manakah baki keuntungan RM5.8 bilion hasil penjualan aset2 berharga TH kepada Syarikat SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd?

Sebagaimana laporan Mujahid sebelum ini, jumlah aset bernilai RM10 bilion telah berjaya di jual pada nilai RM19.9 bilion...

Sekiranya keuntungan ini di gunakan untuk menutup defisit RM4.1 bilion aset pada tahun 2017 seperti yang di dakwa, maka ianya masih berbaki RM5.8 bilion, namun TH hanya mengisytiharkan RM2 bilion sahaja keuntungan boleh agih...

Ke mana perginya RM3.8 bilion baki keuntungan hasil jualan aset2 TH?

》Apakah jaminan bahawa aset2 yang di jual oleh TH kepada Syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd, mampu di tebus pada nilai yang sepatutnya?

》Apakah yang terjadi sekiranya nilai aset2 ini kurang dari nilai sukuk yang di pegang oleh TH?

Sudah tentu TH terpaksa merekodkan kerugian...

Oleh yang demikian, Jaminan Kerajaanamat penting, tetapi sebagaimana yang di laporkan, Kementerian Kewangan bertegas bahawa tiada Jaminan Kerajaan di berikan...



Bagaimana kepentingan TH dapat di jaga?

》Sekiranya benar berlakunya penyelewengan, penipuan, manipulasi akaun oleh pengurusan terdahulu, mengapakah sehingga hari ini tiada pendakwaan di buat ke atas mereka?

Sebaliknya menteri lebih gemar mencetuskan sentimen dan menghukum mereka di mahkamah persepsi...

Apakah ini satu cara menutup kelemahan pentadbiran Kerajaan PH yang hakikatnya juga bertanggungjawab menakut2kan pelabur dengan naratif hutang negara tinggi dan bakal bankrap, dasar luar negara yang tidak konsisten dan mengelirukan hingga mengakibatkan saham2 perladangan Kelapa Sawit dan Getah milik TH menjunam jatuh selepas pertukaran Kerajaan pada Mei 2018?

》Benarkah aktiviti pelaburan TH telah di gantung sejak tahun lalu hingga hari ini sehinggakan Jawatankuasa Pelaburan tidak bersidang dan TH tidak mampu menjana apa-apa hasil pelaburan sebagaimana kebiasaannya kecuali menjual aset-aset seperti hartanah bernilai TH kepada SPV?

Antara hartanah bernilai yang dijual termasuklah Tanah TRX yang di beli pada harga RM196 juta dan di jual pada harga RM400 juta, Platinum Park di jual pada harga RM737 juta sedangkan harga belian RM485 juta, ini tidak termasuk hotel2 TH yang turut di jual di TH Bayan Lepas, TH Kuching, TH Hotel Kelana Jaya, TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Alor Setar, TH Hotel Terengganu...

Ahmad Mael


MR :  Tabung Haji ada cubaan memutar belit fakta demi nak membenarkan tindakan kerajaan PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan