Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan Sepenggal


PRU15 kita bakal melihat reaksi panas pengundi menolak kerajaan PH. Apa yang dilihat Wakil Rakyat ADUN/Parlimen dari PAN terutamanya tidak selamat bertanding ditempat sedia ada, yang mana undi yang diperolehi pun tidak begitu tinggi tambahan pula di kawasan yang penduduknya ramai Melayu, PAN juga tidak mendapat undi dari kalangan Orang Melayu yang begitu banyak hanya mereka mendapat undi dari kaum Cina & India.

===================================
Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya
===================================

N23 MANJOI Perak

10 Mei 2018 3:52 PM
PKR  20052 (PAN)
BN  16520 
PAS  10830 
Pengundi: 51,036 Pecahan Kaum:
Melayu: 67%
Cina: 22%
India: 10%

P57 PARIT BUNTAR Perak
PKR  16753  (PAN)
BN  13655 
PAS  12312 
2018
Pengundi: 51,422 Pecahan Kaum:
Melayu: 68%
Cina: 27%
India: 5%

Ini contoh di dua tempat. Begitu juga lain-lain kawasan amat berbeza sekali Kelantan dan Terengganu tidak ada tempat buat PH.

Itu pun atas guna Logo PKR sekiranya guna logo parti sendiri NYATA terus ditolak RAKYAT.

Jika inginkan kedudukan yang selamat, PAN seharusnya bertanding di tempat yang kurang Melayu, terutamanya kawasan yang ramai Cina dan India. Persoalannya siapa yang akan memberi tempat kepada mereka? Adakah DAP bersedia memberi tempat?

Mengikut kajian, remaja dalam negara terutamanya dari kalangan Melayu tidak berminat dengan KEPIMPINAN PH. Mereka merasakan telah diperbodohkan oleh pimpinan PH dalam PRU14 tempoh hari yang mana mereka telah disajikan dengan menu penipuan iaitu PTPTN dihapuskan, gaji minima RM1500, TOL dihapuskan dll.

Begitu juga dengan harga petrol dikurangkan tapi semua ini tidak berlaku selepas PRU14 malahan setelah Kabinet ditubuhkan, menteri mengeluarkan kenyataan sekiranya sudah membuat pinjaman PTPTN seharusnya kena bayar. Inilah antara penyebab 95% remaja sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan PH, "Malaysia Baru" kononnya tetapi langsung tidak ada perubahan malahan bertambah teruk.

Seterusnya mari kita lihat apa senario yang boleh kita rumuskan setelah berlaku beberapa siri PRK. Dapatan yang diperoleh setelah berlangsungnya PRK, kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu tidak memihak kepada PH. PH hanya menang di PRK yang majoritinya Cina dan India.

Ini yang menyebabkan menteri-menteri dari PAN tidak senang duduk sehingga mengeluarkan berbagai-bagai ungkapan antaranya rampasan kuasa, huru-hara, perkauman dan sebagainya bila mana PAS bekerjasama dengan UMNO.

Sedangkan MIC/MCA sedia bersama dengan PAS/UMNO.
Di bawah PH Islam dan Melayu terus diketepikan dan tidak selamat. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=633820793729174&id=275464012898189

Ras Putra @ Pak Engku 9/4/2019 Ipoh Perak.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan