Header Ads

ads header

Flash News

Syed Saddiq Isytihar 'Perang Terbuka' Dengan TMJ


1. Saya merujuk kepada 'tweet' YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar kepada DYAM Tunku Mahkota Johor bertarikh 4.9.2019 sebentar tadi.

2. Saya beranggapan bahawa 'tweet' yang dibuat oleh Ahli Parlimen Muar ini adalah tidak sopan, biadap dan seolah-olah mengisytiharkan 'perang terbuka' terhadap TMJ.

3. Antaranya intipati 'tweet' YB Muar ini meminta TMJ 'menerima kritikan rakyat'. Perkara ini seolah-olah ingin menggalakan rakyat untuk mengecam dan mengkritik TMJ secara terbuka. Untuk pengetahuan YB Ahli Parlimen Muar ini, TMJ merupakan Pemangku Raja Johor, dan membenarkan kritikan terhadap TMJ secara terbuka seperti ini seolah-olah menghalalkan kritikan dan kecaman masyarakat terhadap Institusi Diraja Johor secara keseluruhan.

4. Frasa kedua yang turut menimbulkan persoalan adalah frasa "tidak perlu memperlekeh, menggugut atau mencaci". Kepada siapa perkataan ini ditujukan? Jika dibaca seimbas lalu, Ahli Parlimen Muar ini seolah-olah menyatakan bahawa TMJ telah melakukan perbuatan 'memperlekeh, menggugut atau mencaci' tersebut.'

5. Maka, saya mencabar agar Ahli Parlimen Muar ini membuktikan kenyataan mana yang TMJ berbuat sedemikian. Jangan tuduh jika tiada usul periksa.

6. Saya sebagai rakyat Johor, saya sudah semakin hilang hormat kepada Ahli Parlimen Muar ini. Sebagai seorang Ahli Parlimen yang berasal daripada Negeri Johor, YB seharusnya menghormati Institusi Diraja Johor, tetapi tindakan YB adalah sebaliknya.

7. Apa yang Ahli Parlimen Muar ini lakukan  jelas menunjukan satu sisi buruk yang akan memberikan pengaruh negatif dan tidak sihat kepada anak muda seperti saya dan ramai lagi diluar sana.

8. Saya sebagai rakyat Johor tuntut YB Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar untuk memohon maaf secara terbuka kepada DYAM TMJ dan seluruh rakyat Johor atas sikap dan tingkah laku YB ini.

ABDULLAH THAWAB BIN KASSIM
Dewan Muda Johor



MR :  Perang PH dengan Sultan Johor... dimana kita?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan