Header Ads

ads header

Flash News

Kerjasama PAS-Umno tiada agenda tersorok


KUANTAN: Kerjasama antara PAS dengan Umno tidak mempunyai agenda tersorok, tegas Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Mohamad Hasan.

Beliau menjelaskan kerjasama itu adalah untuk penyatuan orang Melayu dan Islam di negara ini.

“Tak ada apa-apa agenda tersorok, untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam.

“Ini yang kita terangkan kepada rakyat,” ujarnya pada sidang media sempena program Himpunan Perpaduan Ummah Negeri Pahang di Padang MPK 1, di sini sebentar tadi yang turut disertai Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, agenda penyatuan ummah itu dijelaskan kepada rakyat melalui program ‘roadshow’ sebagaimana yang diadakan itu di peringkat negeri-negeri.

Ini, jelas beliau ekoran DAP melabelkan kerjasama PAS-Umno itu bahaya sedangkan mereka mahu memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

Beliau yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau pada 13 April lalu berkata, pemimpin PAS-Umno mahu menyingkirkan tuduhan itu daripada pemikiran rakyat dengan mengadakan program himpunan perpaduan ummah itu. – HARAKAHDAILY 27/4/2019

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan