Header Ads

ads header

Flash News

Kritik Dr M bagai Nurul Izzah enggan bapa jadi PM, kata pensyarah


KUALA LUMPUR, 2 April — Wawancara Nurul Izzah Anwar bersama The Straits Times yang mengkritik kepimpinan Pakatan Harapan (PH) mendedahkan perpecahan antara komponen gabungan pemerintah itu, kata penganalisis.

Menurut pakar, kritikan Nurul Izzah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tanda jelas perebutan kuasa antara pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perdana menteri walaupun kedua-dua pemimpin itu kelihatan menyokong satu sama lain di khalayak ramai.

Saintis politik di Universiti Kebangsaan Malaysia Kartini Aboo Talib berkata kenyataan Nurul Izzah yang memanggil Dr Mahathir sebagai bekas diktator dalam wawancara dengan akhbar Singapura itu hanya mengeruhkan keadaan.

”Kesan besarnya adalah anda mungkin tidak dapat melihat Anwar Ibrahim sebagai PM seterusnya,” katanya kepada Malay Mail.

”Ini kerana PM berikutnya perlu mendapat sokong paling banyak dari persekutuan dan rakyat. Izzah akan menjadi refleksi kepada Anwar yang tidak bersetuju dengan Tun Mahathir — dia adalah lambang.”

Selain itu, senior fellow di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun berkata perletakan beberapa jawatan Nurul Izzah juga menunjukkan kekecewaan terhadap parti sendiri, termasuk bapanya yang dianggap memihak kepada pihak Dr Mahathir.

”Pemberontakan berterusan Nurul Izzah harus dilihat dengan teliti yang menyifatkan ayahnya terlalu ‘lembut’ dalam melibatkan ‘salvos’ Dr Mahathir,” katanya.

Sementara itu, Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya berkata kritikan Nurul Izzah mungkin menjadi petanda kepada pimpinan PH untuk menghormati asas parti itu supaya lebih progresif.

”Apa yang kita lihat di sini adalah pertembungan antara idealisme dan pragmatisme,” katanya.

”Ia bukan hanya menonjolkan perang dalam PKR antara puak pro-Anwar dan mereka yang keberatan menjadikan beliau sebagai perdana menteri, tetapi juga perpecahan ideologi yang tidak dapat dipertikaikan dalam PH.”

MR :  Sengaja nak suruh Mahathir marah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan