Header Ads

ads header

Flash News

Laporan Polis Ke Atas Timbalan Ketua Cabang Pkr Rembau Kerana Menipu


Laporan di Balai Polis Segamat, Johor
No. Report : Kajang/008524/19
Tarikh : 8 Mac 2019

Pengadu : YB Dato' Sri Dr. Santhara Kumar (ahli Parlimen Segamat & Timbalan Setiausaha Agong PKR Pusat serta MPP PKR)
Umur : 47 tahun 11 bulan

Laporan ditulis sendiri ;

Adalah saya Dr. Santhara Kumar a/l Ramanaidu ingin membuat laporan polis jenayah penipuan yang dibuat oleh Dr. Streram Sinasamy (551104-01-6025).

Pada 9/1/2018 lebih kurang jam 1430 hrs penama telah berjumpa saya di sebuah kafe di Kajang Country Height merayu bantuan pinjaman kewangan bagi tujuan pembayaran pendaftaran pembelajaran anaknya Sandya Streram di The University of Newcastle, Australia. Dalam keadaan hampir menangis dia menyatakan jika gagal membuat pembayaran pada hari tersebut anaknya akan hilang peluang melanjutkan pelajaran ke universiti tersebut. Kesian dengar rayuannya dan kerana dia yang sangat mendesak saya telah mengeluarkan wang tabungan (insurans) pendidikan anak saya yang berusia tujuh tahun.

Pinjaman dengan mengeluarkan wang tabung pendidikan anak saya dibuat kerana percaya janji penama untuk membayar semua. Streram menulis post dated cheque sebanyak 6 keping cek (lampiran 1) atas nama anak saya VicenzoJosep Santhara 7 tahun kerana saya gunakan tabungan pendidikan dia dan duit itu perlu dipulangkan pada akaun tabungan dia semula. Kesemua cek yang ditulis berjumlah RM62,000 sama seperti jumlah pinjaman yang diberikan. Saya membantu memberikan pimjaman ikhlas tanpa sebarang faedah.

Hari yang sama saya telah membawa penama ke CIMB cawangan Kajang Country Height untuk melakukan pemindahan wang berjumlah RM62,000 ke akaun7068774469 (slip dilampirkan sebagai salinan 2) akaun milik Streram. Seterusnya membuat pemindahan pembayaran telegrafik jumlah wang yang sama terus ke akaun institusi pendidikan terbabit (salinan lampiran 3). No rujukan telegrafik EAU25675AS1011177 - student name Sandya Streram.

Namun bila tiba masa saya menunaikan cek pertama saya hubungi dia, barulah dia nyatakan jangan bank in dulu kerana dia mahu dapatkan claim dulu di hospital swasta tempat dia bekerja. Begitulah beberapa bulan selepas itu perbagai alasan diberikan.

Sekitar September -  November , saya hubungi dia hanya beberapa panggilan dijawab, ada dalam keadaan seperti mabuk menengking dan menjawab dengan kasar dan kesat. Pernah juga saya diberikan bercakap dengan lelaki yang saya tidak kenal mengugut saya berhenti mengganggu Streram dan berhenti menuntut pinjama tersebut.

Kecewa dengan semua yang berlaku 8/11/18 saya telah bank in kan semua cheque yang diberikan. Namun saya diberitahu oleh pihak bank yang menguruskan akaun saya menyatakan awal awal lagi cheque tersebut sudah diarah tidak ditunaikan.

Ini jelas penipuan disengajakan, jenayah kolar putih dengan menggunakan dokumen pelajaran anaknya (rujuk lampiran 4) sengaja merayu pinjam dengan memang niat tidak mahu membayar dengan menipu mengeluarkan cheque. Ini jenayah perdagangan yang serius dibuat secara sedar oleh orang yang berpendidikan dan berprofesion doktor untuk menipu tabungan pendidikan anak saya yang berusia 7 tahun.

Saya mohon pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap jenayah Streram ini agar tidak ada lagi tertipu menjadi mangsanya.

Sekian laporan saya.

salinan sistem laporan bersepadu
sulit



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan