Header Ads

ads header

Flash News

Statut Rom: Umno hantar memo, demo belum tahu


Umno Selangor akan menghantar satu memorandum kepada Sultan Selangor dalam masa terdekat sebagai protes terhadap keputusan kerajaan menandatangani triti Statut Rom.

“Kita akan menghantar memorandum kepada ke bawah duli Sultan Selangor, untuk menunjukkan protes kita kepada tindakan ini.

“[...] Secepat mungkin, kalau tuanku Sultan beri tarikh cepat (untuk mengadap), cepatlah kita hantar,” kata Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Perhubungan Umno Selangor di Shah Alam hari ini.

Katanya, perlembagaan dengan jelas memperuntukkan kerajaan untuk mewujudkan mahkamah khas bagi membicarakan kes yang melibatkan raja-raja Melayu di negara ini.

Bagaimanapun, dakwa anggota Parlimen Bera itu, dengan menandatangani Statut Rom, raja-raja Melayu boleh dihadapkan terus ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang menurutnya mencabuli kedaulatan negara.

“Tindakan kerajaan menandatangani Statut Rom tanpa persetujuan dan perkenan raja-raja Melayu, kita anggap melanggar Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam perkara 38(4) dan perkara 159(5),” katanya lagi.

Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa “sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Disoal apakah Umno akan menganjurkan bantahan jalanan seperti yang pernah dianjurkan ketika menentang cadangan meratifikasi Perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum ( Icerd) dahulu, Ismail menjawab ‘tidak tahu lagi’.

Katanya, Icerd lebih jelas menyentuh hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam sementara Statut Rom pula lebih sulit untuk difahami.

“Dari segi kefahaman Statut Rom pun agak kurang jelas. Jadi nak memahami tu agak kurang, berbanding Icerd dulu.

“Jadi itu menyebabkan ramai yang keliru di peringkat awal. Tapi sekarang, setelah dijelaskan oleh peguam-peguam tertentu dalam Umno, akhirnya kita semakin jelas apa kesan menandatangani Statut Rom ni,” tambah Ismail.

Semalam di Parlimen, Ismail yang juga merupakan Ketua Pembangkang memaklumkan pihak pembangkang telah menghantar usul supaya kerajaan menarik diri daripada menjadi ahli Statut Rom.

Katanya, langkah itu diambil memandangkan triti antarabangsa itu dakwanya akan memberi kesan kepada kekebalan Yang di-Pertuan Agong.

Ismail turut berharap agar perkara berhubung Statut Rom akan didebatkan oleh wakil rakyat di Parlimen.

Statut Rom adalah satu triti rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf ICC sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa.

Wisma Putra dalam kenyataan 4 Mac berkata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC itu dan surat berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama (4 Mac).

Sehingga 4 Mac, sebanyak 124 negara telah menjadi negara pihak kepada Statut Rom.

MR :  Belum sempat hantar memo, Mahathir dah tarik tali..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan