Header Ads

ads header

Flash News

Terowong Pulau Pinang: Ahli perniagaan didakwa hari ini


Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bakal didakwa esok berkaitan siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara terhadap ahli perniagaan tersebut.

Lelaki berumur 38 tahun itu akan berdepan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor esok.

Menurut sumber, lelaki berkenaan ditahan SPRM pada Februari tahun lepas (2018) selepas dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta daripada syarikat pembinaan projek terbabit selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.

Menurut sumber itu lagi, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos 2017, dengan kesemua pembayaran dilakukan di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pendakwaan berkaitan kes berkenaan ketika dihubungi hari ini.- Bernama


MR :  Silap-silap... Najib terlepas engkau masuk Sg Buluh


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan