Header Ads

ads header

Flash News

96 lagi parti Melayu patut ditubuhkan - Ibrahim balas sindiran Dr M


Sindiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai penubuhan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dibalas dengan sindiran oleh presidennya, Ibrahim Ali.

Menurut Ibrahim adalah lebih baik sekiranya lebih banyak parti berteraskan Melayuditubuhkan jika itu dimahukan orang Melayu.

Namun katanya, yang membezakan Putra dengan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) adalah mereka tidak bersekongkol dengan DAP.

"Adalah baik kalau ada 100 parti Melayu, jika ini yang dikehendaki oleh orang Melayu.

"(Tetapi) dalam menjaga perpaduan Melayu, Bersatu jatuh nombor ketiga selepas PKR dan Amanah. Dan jika Putra jatuh nombor empat, masih ada 96 lagi parti Melayu yang patut ditubuhkan untuk mencapai 100 Parti.

"Bezanya jika silap Putra ditubuh jika dibandingkan dengan Bersatu yang menjaga kepentingan Melayu ialah Putra tidak bersekongkol dengan DAP yang banyak jasa membina perpaduan rakyat Malaysia," sindirnya dalam satu kenyataan.

Bersatu merupakan parti serpihan Umno yang dipimpin oleh Mahathir dan ditubuhkan sebelum PRU lalu bagi menentang kerajaan pimpinan Najib Razak.

Parti itu menerima dua keanggotaan iaitu ahli biasa bagi Bumiputera dan ahli bersekutu bagi bukan Bumiputera.

Tujuan penubuhannya antara lain adalah untuk menegakkan Islam sebagai agama persekutuan dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedaulatan Raja-raja Melayu.



Mahathir dalam sidang akhbar semalam secara sinis berkata, lebih banyak parti politik ditubuhkan adalah lebih baik bagi membuktikan tiada satu pun parti orang Melayu memiliki majoriti besar di negara ini.

"Kita bebas untuk tubuhkan seberapa banyak parti politik yang kita mahu, bukankah bagus kalau kita ada 100 parti?

"Dengan itu, orang Melayu akan berpecah 100 parti dan tak ada satu parti Melayu besar yang tunggal," kata Mahathir dengan nada sinis.

Tak cakap tak serupa bikin

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata terdapat banyak lagi perkara yang membezakan Putra dengan parti lain, khususnya dari segi kepimpinan.

"Pemimpin Putra setakat inilah tidak cakap tak serupa bikin dan pemimpin Putra tidak nampak gajah depan mata tapi nampak kuman seberang laut.

"Perbezaan yang amat ketara ialah Putra baru ditubuhkan. Jika dibandingkan juga dengan Bersatu ialah Bersatu telah pun menyertai PRU14 dan telah menyumbang peranan yang bermakna ke arah perpaduan Melayu.

"Hasilnya dapat kita lihat bersama di mana landskap politik negara telah berubah dari Malaysia lama kepada Malaysia Baru. Hebatkan," kata Ibrahim.

Pada 8 Mei lalu, Putra yang diasaskan Ibrahim menjadi parti terbaru diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Penubuhan parti itu tersebut menerima reaksi negatif beberapa pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang menyifatkan ia merugikan orang Melayu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan